YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, hadir menyaksikan majlis penyerahan simbolik jam tangan Huawei kepada Olimpian dan Paralimpian negara bertempat di Hotel Dorsett Grand, Subang pada Jumaat.
Jam tangan ini diberikan sebagai tanda penghargaan atas pencapaian luar biasa atlet negara yang mewakili Malaysia di Paris 2024.
Seramai lapan atlet terdiri daripada 3 Olimpian dan 5 Paralimpian telah menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) masing-masing, dengan jumlah keseluruhan RM3.6 juta diperuntukkan. Jurulatih yang terlibat turut menerima insentif sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka.
Majlis penyerahan insentif ini telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, bertempat di Hotel Dorsett Grand, Subang pada Jumaat. Turut hadir sama, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN dan YBhg. Datuk Stuart Ramalingan, Penyelaras Jawatankuasa Road To Gold (RTG).
Tudung People Sdn Bhd, sebagai penaja Majlis Sukan Negara telah memberikan insentif ganjaran RM10,000 kepada pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024 sebagai tanda penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka di temasya terbesar dunia.
Turut hadir sama, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.
Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada atlet-atlet lain untuk terus berjuang dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi!
Mesyuarat High Performance Sport Team Meeting (HPTM) bagi sukan Menembak Program Podium & Pelapis Kebangsaan telah diadakan pada 23 Oktober 2024 di MSN, Bukit Jalil.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan prestasi atlet serta isu-isu berbangkit antara atlet dan jurulatih, dengan matlamat meningkatkan kualiti latihan dan pencapaian atlet.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Pegawai Pelindung Sukan Selamat, Pengurus Sukan, jurulatih, dan atlet yang terlibat dalam program tersebut.
Majlis Sukan Negara (MSN) menerima kunjungan hormat daripada wakil United World Wrestling (UWW) pada 23 Oktober 2024 di MSN, Bukit Jalil.
Dalam pertemuan tersebut, Pengarah Bahagian Atlet, Encik Azrul Hisyam Abd Jalil, bersama Mr. Olzhas Baisembayer membincangkan perancangan serta matlamat jangka panjang bagi sukan gusti. Fokus utama perbincangan adalah usaha melahirkan jurulatih dan atlet berprestasi tinggi untuk memperkasa sukan gusti di Malaysia.
Majlis Sukan Negara telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan University College TATI dan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 24 Oktober 2024, bertempat di Dewan Besar PMINT, Kuala Terengganu.
MoU ini merupakan kesinambungan kepada program MACE dengan objektif “One State, One University, One Centre”, yang bertujuan memperkukuh kerjasama dalam pembangunan akademik dan kerjaya atlet.
MoU ini telah ditandatangani oleh YBrs. Encik. Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN, YBrs. Prof. Dr. Anuar Ahmad, Rektor University College TATI, dan YBrs. En. Ahmad Shahrizal Yahaya, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Program Penyerahan Sumbangan MSN-F&N-YAKEB sempena Deepavali 2024 telah diadakan pada 24 Oktober 2024 di lobi utama Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil. Program ini menyaksikan pemberian sumbangan kepada beberapa atlet Program MSN dan bekas atlet kebangsaan.
Sumbangan tersebut terdiri daripada wang tunai dan produk F&N, dan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Noorul Ariffin Abdul Majeed, Pengerusi YAKEB, En. Muhammad Fauzi Ahmad, Pengurus Pengurusan Acara & Penajaan F&N, serta Ketua Cawangan Komunikasi Korporat MSN, Encik Ahmad Khawari Mohd Isa.
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
221603 – MENCETAK LABEL, POSTER, PELEKAT DAN IRON ON 221304 – AUDIO VISUAL
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/043/2024 (SP) TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN PENYEDIAAN BAHAN POMOSI DAN PUBLISITI DAN AUDIO VISUAL BAGI KEJOHANAN SUPERMOKH CUP 2024 TARIKH BUKA : 23 OKTOBER 2024 (RABU) TARIKH TUTUP : 30 OKTOBER 2024 (RABU) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
221506 – PENYEWAAN (BANGUNAN/PEJABAT/STOR/RUANG NIAGA/ RUMAH KEDIAMAN) 040103 – MAKANAN BERMASAK (ISLAM)
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/045/2024 (SPK) TAJUK SEBUTHARGA : PENYEWAAN RUANG KANTIN DAN PENYEDIAAN MAKANAN BERMASAK DI MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA TARIKH BUKA : 23 OKTOBER 2024 (RABU) TARIKH TUTUP : 30 OKTOBER 2024 (RABU) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066 Pn. Noor Azura Nurul Akla (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929946
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, berbesar hati meraikan 7 daripada 8 orang atlet negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi pingat di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 bertempat di Bangunan Parlimen hari ini.
Turut hadir sama, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Datuk Stuart Ramalingan, Penyelaras Jawatankuasa Road To Gold, YBhg. Dato’ Mirnawan Nawawi, Ahli Jawatankuasa Road To Gold dan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.