Majlis Sukan Negara Malaysia

Blog

Pelumba basikal trek kena tunggu sehingga 1 September

Kuala Lumpur: Pelumba basikal trek negara perlu menunggu hingga 1 September untuk mengetahui sama ada tiga acara kegemaran iaitu keirin lelaki, pecut berpasukan dan kejar mengejar berpasukan dipertandingkan di Sukan SEA Thailand, 9-20 Disember ini.

Setiausaha Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Arif Astaman mengakui debaran semakin terasa kerana sesuatu acara hanya akan dipertandingkan jika disertai sekurang-kurangnya empat negara.

“Buat masa ini, nasib acara ini masih belum pasti. Walaupun ia dimasukkan dalam buku panduan teknikal, sama ada dipertandingkan atau tidak bergantung pada jumlah pendaftaran,” kata Arif.

Ujarnya, PKBM sudah menghubungi beberapa rakan serantau untuk menggalakkan penyertaan.

“Maklum balas mereka positif (secara lisan) tetapi tiada jaminan mereka akan benar-benar mendaftar pelumba.

“Kami yakin peluang memenangi emas sangat cerah jika acara ini berlangsung, jadi 1 September adalah tarikh yang mendebarkan buat kami,” ujarnya.

Sebelum ini, Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill turut mendedahkan tiga acara itu berisiko digugurkan kerana kurang minat dari negara lain.

Walaupun acara lebuh raya menjadi ‘wajib ada’ di Sukan SEA, disiplin trek sering menjadi mangsa kerana kebanyakan negara Asia Tenggara tidak memiliki velodrom bertaraf antarabangsa.

Malaysia mempunyai pelumba pecut bertaraf dunia sama ada lelaki mahupun wanita, dengan acara seperti keirin, pecut individu dan pecut berpasukan dianggap ‘lubuk emas’ apabila dipertandingkan.

KUNJUNGAN KERJA DELEGASI SUMATERA UTARA KE MSN

Majlis Sukan Negara (MSN) telah menerima kunjungan kerja daripada delegasi Dinas Kepemudaan dan Keolahragaan UPTD Kebakatan Olahraga, Provinsi Sumatera Utara pada 22 Julai 2025 bertempat di Ibu Pejabat MSN, Bukit Jalil.

Sesi ini bertujuan memperkukuh keberkesanan pembangunan sukan berprestasi tinggi serta merangka jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak demi peningkatan prestasi atlet di peringkat daerah dan nasional.

Kunjungan turut dihadiri oleh YBrs. En. Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN serta Ketua UPTD Kebakatan Olahraga, Tuan Apri Sugiato Bunasir.

PEMBEKALAN RAK BUMBUNG (ROOF RACK) BAGI PENGANJURAN LTDL 2025

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

030501 – PERALATAN SUKAN

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/033/2025 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBEKALAN RAK BUMBUNG (ROOF RACK) BAGI PENGANJURAN LTDL 2025
TARIKH BUKA : 23 JULAI 2025 (RABU)
TARIKH TUTUP : 31 JULAI 2025 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Orissa Baharum (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929600

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

Azeem, Umar mara ke separuh akhir WUG

Bochum, Jerman: Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi tidak berdepan masalah untuk mara ke peringkat separuh akhir acara 100 meter (m) lelaki pada temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 di Lohrheidestadion di sini, awal pagi tadi.

Pada aksi saringan tujuh pusingan pertama yang berlangsung dalam keadaan hujan dan berangin, Muhammad Azeem tenang mengungguli perlumbaan dengan catatan masa 10.57 saat (s), menewaskan Joeljin Nwamadi dari Korea Selatan (10.61s) dan Nikolaos Dowhos dari Kanada (10.72s).

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu menjadi wakil tunggal negara yang mara apabila rakan sepasukan Aliff Iman Mohd Fahmi mengakhiri saringan lima di tempat kelima dengan masa 11.09s.

Penuntut Universiti Auburn, Amerika Syarikat itu yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan masa 10.09s akan turun beraksi di peringkat separuh akhir malam esok waktu Malaysia.

“Sebenarnya banyak lagi tenaga yang saya simpan sebab saya tahu esok ada dua pertandingan (separuh akhir dan akhir). Hari ini rancangan saya adalah menghabiskan larian dengan baik, tanpa kecederaan.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar, fokus sekarang kekalkan kecergasan dan semangat yang ada, tadi sedikit terganggu dengan pertandingan ditangguhkan, hujan dan angin yang kuat tetapi ia bukan alasan,” kata atlet berusia 22 tahun itu ketika ditemui selepas perlumbaan di sini.

Jaguh pecut Thailand Puripol Boonson muncul pelari terpantas pusingan pertama dengan catatan 10.23s, diikuti dua atlet dari Afrika Selatan Bayanda Joy Walaza (10.27s) dan Kyle Brian Zinn (10.33s).

Pada masa sama, raja pecut 400m Asia Tenggara Umar Osman turut menceriakan kem olahraga negara apabila layak ke separuh akhir selepas menjadi tiga pelari terpantas dalam kalangan bukan tiga pelumba pertama setiap saringan yang layak secara automatik.

Turun beraksi dalam pusingan pertama saringan empat, pemenang pingat emas Sukan SEA 2023 itu menamatkan saingan di tempat keempat dengan catatan 46.97s.

Tempat pertama milik atlet Ireland Jack Raftery dengan masa 46.39s, diikuti Matej Krsek dari Republik Czech (46.48s) dan wakil Malta Matthew Galea Soler (46.82s).

“Catatan masa hari ini bagi saya agak teruk tapi saya bersyukur sebab layak dan sudah buat yang terbaik, di separuh akhir (malam esok) nanti saya akan buat lebih baik. Cuaca hari ini baik tetapi mungkin angin agak kuat namun saya tak jadikan itu sebagai alasan, lawan tetap lawan.

“Untuk memecahkan rekod kebangsaan sekali lagi dengan masa ini agak jauh, hampir satu saat, jadi saya perlu fokus untuk capai misi itu,” kata pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 46.09s itu.

Catatan terbaik Umar musim ini adalah 46.25s yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Asia di Gumi, Korea Selatan, Mei lalu.

Dalam pada itu, atlet yang terkandas di pusingan awal ialah Muhammad Fakrul Afizul Nasir dalam acara 400m lari berpagar yang mengalami kecederaan hamstring ketika menamatkan saringan dua dengan masa 1 minit 11.87s dan Muhammad Aidil Azhar Azrul Hisyam yang disingkirkan kerana kesalahan pelanggaran lorong dalam saringan dua 400m.

Dalam saingan wanita pula, Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (400m), Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal (100m), Azreen Nabila Alias (100m) dan atlet lontar peluru Nani Sahirah Maryata terkandas seawal pusingan kelayakan.

Saingan olahraga akan berlangsung hingga hari penutup temasya, Ahad ini.

PROGRAM ELITE MSN: KEPEMIMPINAN LEGENDA & MINDA BERPRESTASI TINGGI

“Calm. Bold. Wise.”

Majlis Sukan Negara (MSN) terus mengadakan Program ELITE MSN: Kepimpinan Legasi & Mindset Berprestasi Tinggi pada 18 hingga 20 Julai 2025 bertempat di Kijal Resort World, Terengganu dengan melibatkan 10 pegawai kanan (Gred 12 & 13).

Dengan modul teras Psycho-Cybernetics dan aktiviti reflektif seperti penulisan jurnal, pembentangan video bertemakan “The ELITE Quest”, serta simbolik Pelepasan Penyu, program ini membuka ruang kepada transformasi diri, kepimpinan berjiwa besar, dan semangat kolaboratif.

MSN yakin pendekatan holistik ini mampu memperkasa minda, jiwa dan hala tuju pemimpin atasan untuk terus memacu organisasi dengan nilai kepimpinan insani yang matang, berdaya tahan dan berpandangan jauh.

SEBUT HARGA BAGI PEMBEKALAN TONER MESIN PENCETAK BAGI DI MAJLIS SUKAN NEGARA BAGI TAHUN 2025 – 2027

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang merupakan “Authorized Reseller” bagi jenama toner Hewlett-Packard (HP) dan Canon yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

020601 – ALATULIS (TIDAK TERMASUK BORANG DAN SEMUA JENIS KERTAS)

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/031/2025 (S)
TAJUK SEBUT HARGA : SEBUT HARGA BAGI PEMBEKALAN TONER MESIN PENCETAK BAGI DI MAJLIS SUKAN NEGARA BAGI TAHUN 2025 – 2027
TARIKH BUKA : 22 JULAI 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 30 JULAI 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini,
Surat Pengesahan “Authorized Reseller” bagi jenama toner Hewlett-Packard (HP) dan Canon serta satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga WAJIB diisi dengan lengkap, mana-mana dokumen yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Nor Ain Ahmad (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929088

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

MEMBEKAL DAN MEMASANG SISTEM PEMBERSIHAN UDARA DAN PERMUKAAN DI BANGUNAN CASA 4 (ARAS 2), MAJLIS SUKAN NEGARA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

     020201 – MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI 

ATAU
020301 – PERKAKAS ELEKTRIK DAN AKSESORI

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/032/2025 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : MEMBEKAL DAN MEMASANG SISTEM PEMBERSIHAN UDARA DAN PERMUKAAN DI BANGUNAN CASA 4 (ARAS 2), MAJLIS SUKAN NEGARA
TARIKH BUKA : 22 JULAI 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 30 JULAI 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Nor Ain Ahmad (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929088

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

URSUS ASAS FOTOGRAFI BERSAMA ATLET

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) melalui Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS telah menganjurkan Kursus Asas Fotografi bersama Atlet pada 20 Julai 2025 di Bilik Seminar Casa 4, MSN.

Seramai 15 orang atlet hadir telah menyertai kursus ini dengan bimbingan tenaga pengajar serta pembantu dari IKBN Kuala Langat.

Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kemahiran fotografi menggunakan telefon pintar, termasuk praktikal dengan aplikasi Adobe.

KURSUS ASAS BARISTA BERSAMA ATLET

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) melalui Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS telah menganjurkan Kursus Asas Barista Bersama Atlet pada 19 Julai 2025 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Kursus ini dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman dari IKTBN Alor Gajah dan disertai oleh 12 atlet negara.

Penganjuran program ini bertujuan memberikan ruang dan peluang kepada atlet untuk memperoleh pengetahuan asas dalam bidang barista. Para peserta turut berpeluang mempraktikkan teori yang dipelajari secara langsung. Kemahiran ini diharap dapat menjadi kerjaya sampingan serta persediaan masa depan bagi atlet selepas bersara daripada arena sukan.

SESI PERKONGSIAN KP MSN BERSAMA PENYELARAS MAJLIS SUKAN NEGERI

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, En. Jefri Ngadirin berkongsi aspirasi dan hala tuju pembangunan bakat sukan bersama Penyelaras Majlis Sukan Negeri sempena Karnival Bakat Olimpik Siri 1/2025 di Terengganu.

Sesi penuh idea ini turut membincangkan strategi pelaksanaan program akar umbi di peringkat negeri dan merangka langkah seterusnya ke arah melahirkan lebih ramai jaguh masa depan.

Selain itu, beliau turut mendapatkan pandangan dan cadangan berkaitan pelaksanaan program di peringkat negeri.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MSN, En. Arrifin Mohd Ghani.

Majlis Sukan Negara Malaysia