Majlis Sukan Negara Malaysia

All posts by admin

WELCOME HOME HEROES!

YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir menyambut kepulangan Delegasi Pasukan Badminton Kebangsaan dari Olimpik Paris yang telah tiba di KLIA pagi tadi.

Pasukan Badminton telah menamatkan edisi kali ini dengan membawa pulang 2 gangsa menerusi Lee Zii Jia (Perseorangan Lelaki) dan Aaron Chia/Soh Wooi Yik (Beregu Lelaki).

Turut hadir sama, YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS dan YBrs. Encik Abdullah Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KBS dan YBrs. Encik Mohd Taupik Haji Hussain, Penolong Setiausaha Agung, BAM.

MESYUARAT PENDAFTARAN DELEGASI SUKMA XXI SARAWAK 2024

Mesyuarat Pendaftaran Delegasi (DRM) SUKMA XXI Sarawak 2024 telah berlangsung di Bilik Asajaya, Hotel Grand Margherita.

Sesi pagi ini telah melibatkan tiga kontinjen iaitu tuan rumah Sarawak, Perak dan Terengganu. Manakala pada sebelah petang membabitkan kontinjen Wilayah Persekutuan, Pahang dan Sabah.

Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan mengesahkan pendaftaran atlet dan pegawai pasukan bagi 15 kontinjen yang bertanding.

Turut hadir sama YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN.

📸: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024:

🥉Lee Zii Jia – Badminton (Perseorangan Lelaki)

Merci beaucoup Zii Jia👏🇲🇾

Zii Jia hadiah pingat keduaMalaysia!!

Satu lagi kebangkitan dari atlet negara! Giliran Lee Zii Jia ceriakan Kontinjen Malaysia dengan pingat gangsa kedua selepas menewaskan Sen Lakshya dari India dalam pertarungan 3 set 13-21, 21-16, 21-11.

Syabas dan tahniah👏💪 Kami bangga dengan anda🫶

WELCOME HOME HEROES!

Pasukan Trio Memanah Negara tiba di KLIA dari #OlympicsParis pada jam 3.30 petang tadi. Trio yang dibarisi oleh Ariana Nur Dania, Syaqiera Mashayikh dan Nurul Azreena Mohd Fazil tersekat di peringkat pusingan penyingkiran 1/8 apabila kalah 3-5 kepada Indonesia, Diananda Choirunisa, Syifa Nurafifah Kamal dan Rezza Octavia. Sukan Olimpik Paris 2024 ini juga merupakan penampilan sulung buat Ariana Nur Dania dan juga Nurul Azreena.

Turut hadir sama, Encik Azrul Hisyam Abd Jalil, Pengarah Bahagian Atlet, MSN.

Berbasikal Lebuh Raya Wanita Negara

Atlet berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir tidak menamatkan perlumbaan sejauh 158 kilometer apabila dilaporkan mengalami kekejangan di kedua-dua kakinya.

Aisyah yang membuat penampilan pertama di Sukan Olimpik tidak menamatkan perlumbaan bersama 13 pelumba lain.

Comeback stronger Aisyah💪

Golf

Gavin Kyle Green menutup saingan hari terakhir dengan melakukan dua bawah par 69, sekaligus menamatkan kempen Sukan Olimpik Paris 2024 di kedudukan ke-33 dengan pukulan keseluruhan tiga bawah par 281 bersama Fabrizio Zanotti dari Paraguay.

Pelayaran

Atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif masing-masing menduduki tempat ke-32 dan ke-33 dalam acara single-handed dinghy lelaki ILCA 7 dan wanita ILCA 6 selepas tamat lapan perlumbaan.

📸 World Sailing

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024:

Aaron Chia-Soh Wooi Yik🥉

Merci beaucoup Aaron-Wooi Yik👏🇲🇾

Pingat gangsadari Aaron-Wooi Yik

Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan penantian pingat Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan memenangi pingat gangsa🥉selepas menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19.

Kejayaan ini sekaligus menyaksikan Aaron-Wooi Yik mempertahankan pingat yang di menangi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Anda buat kami bangga👏🇲🇾💪

Majlis Sukan Negara Malaysia