Majlis Sukan Negara Malaysia

All posts by admin

#PETRONASLTdL2024

PETRONASLTdL2024 telah berakhir hari ini selepas tamatnya peringkat ke-8 (Bintulu Loop) dengan jarak perlumbaan sejauh 147.5 km.

Edisi ke-28 ini turut dihadiri oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, serta YB Dato’ Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, Seni Persembahan, Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Max Poole dari pasukan DSM-Firmenich PostNL dinobatkan sebagai juara keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, menjadikannya pelumba kedua dari Britain yang mencapai gelaran ini. Perlumbaan tahun ini meliputi jarak sejauh 1,190 km, bermula di Pulau Langkawi dan berakhir di Bintulu, Sarawak​.

Davies calon pilihan galas tugas kapten Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Tonggak pertahanan, Matthew Davies antara calon yang bakal menggalas tugas sebagai kapten Harimau Malaya bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang New Zealand di Stadium North Harbour, 14 Oktober ini.

Ia susulan skuad kendalian Pau Marti berlepas ke Auckland, malam ini tanpa kapten, Dion Cools yang terpaksa menarik diri dari skuad kali ini kerana masalah keluarga.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente menegaskan bahawa beliau percaya pemain lain mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cools.

Beliau berkata, Cools adalah pemain penting buat pasukan dan berharap tonggak pertahanan Buriram United itu akan kembali menyertai Harimau Malaya pada kem yang seterusnya.

ADVERTISEMENT

javascript:false

javascript:false

Disyorkan

“Sudah pasti semua pemain amat penting tapi saya percaya kami pasukan yang kuat. Jadi perkara paling penting adalah pasukan.

“Mana-mana pemain tiada, kami ada ramai pemain yang bagus yang boleh mengambil tanggungjawab dengan baik. Jadi saya amat yakin dengan semua pemain.

https://fb2aaa72dfd02779afa2ce7e20cd22f0.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html

“Kami mempunyai ramai yang boleh jadi ketua. Matthew Davies antara salah satu kapten dan dia menjadi kapten dalam aksi sebelum ini.

“Kita juga ada Syamer Kutty Abba dan juga ramai pemain berpengalaman yang boleh memimpin pasukan. Seperti saya katakan, paling utama kerjasama,” katanya.

Vicente berkata demikian ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Auckland, hari ini.

Harimau Malaya hanya akan mengharungi satu aksi antarabangsa Tier 1 menentang pasukan ranking ke-95 dunia, New Zealand dalam kalendar perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dari 7 hingga 15 Oktober ini selepas gagal mendapatkan pasukan negara lain untuk aksi persahabatan.

Anak buat Vicente bagaimanapun akan menentang sebuah pasukan kelab utama untuk perlawanan antarabangsa Tier 2 pada 11 Oktober sebagai persiapan yang berkualiti sebelum berdepan New Zealand.-Berita Harian

NAMA SARAWAK TERUS TERCATAT DALAM KALENDAR SUKAN NEGARA

Sarawak terus menonjol dalam kalendar sukan negara apabila Miri dan Bintulu dipilih sebagai destinasi perlumbaan bagi peringkat ke-7 dan ke-8 #PETRONASLTdL2024.

Kejayaan dalam menganjurkan Sukan Malaysia XXI dan Para SUKMA Sarawak 2024 pada Ogos dan September yang lalu membuktikan Sarawak mampu memastikan kelancaran temasya atau acara bertaraf antarabangsa.

#PETRONASLTdL2024

#PETRONASLTdL2024 ke-28 menghadapi cabaran besar, selepas Langkawi apabila peralihan perlumbaan dari Senai ke Miri, Sarawak bagi peringkat ke-7 dan peringkat ke-8 di Bintulu, selepas peringkat ke-6 yang tamat di Kulai, Johor.

Perpindahan jarak jauh ini pastinya memerlukan perancangan rapi dan kerahan tenaga daripada keluarga besar dan petugas PLTdL bagi memastikan semua peserta dan logistik dapat dipindahkan dengan lancar.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, melawat atlet berbasikal lebuhraya kemalangan

YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, melawat atlet berbasikal lebuhraya, Muhammad Elmi Jumari, di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM).

Muhammad Elmi terlibat dalam kemalangan semasa peringkat kedua Le Tour de Langkawi 2024 (PLTdL) dalam laluan dari Arau, Perlis ke Butterworth.

#PETRONASLTdL2024

YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengiringi Tuan Yang Terutama Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka di peringkat kelima PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024 Kuala Lumpur-Melaka dengan jarak perlumbaan sejauh 167.3km di MITC Ayer Keroh, Melaka.

Sementara itu, pelepasan peringkat kelima daripada KLCC telah disempurnakan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Turut hadir sama, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

Full result Stage 5:

winner: DE KELIJN Arvid of TUD

2nd Place: MALUCELLI Matteo of JCL

3rd Place: SYRITSA Gleb of AST

OVERALL

Overall Leader (PETRONAS Green Jersey) – POOLE David Max of DFP

Sprint Leader (KBS Orange Jersey) – MALUCELLI Matteo of JCL

KOM Leader (TOURISM Malaysia Polka Dot) –

Best ASIAN Rider (MSN White Jersey) – ISHIBASHI Manabu of JCL

100PLUS SERAH INSENTIF KEPADA AARON-WOOI YIK & ZII JIA

BUKIT JALIL – 100PLUS minuman isotonik no 1 negara hari ini menyerahkan insentif kepada tiga pemain badminton negara, pasangan beregu lelaki Aaron Chia & Soh Wooi Yik dan pemain perseorangan negara Lee Zii Jia atas pencapaian memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.

Menurut Pengarah Pemasaran F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. Cik Leong Wai Yin, ketiga-tiga atlet penerima insentif merupakan Duta Jenama 100PLUS menerima lebih RM100,000 setiap seorang sebagai menyuntik semangat mereka serta atlet-atlet yang lain untuk menempa kejayaan yang lebih tinggi ditemasya akan datang.

Turut hadir ke majlis tersebut, Pengarah Bahagian Atlet MSN, En. Azrul Hisyam Abdul Jalil.

SESI PENYERAHAN INSENTIF GRABPOINT KEPADA KONTINJEN PARIS 2024

BUKIT JALIL – Satu sesi Penyerahan Insentif GrabPoint Rewards untuk Atlet-Atlet Kontinjen Olimpik dan Paralimpik Malaysia Paris 2024 telah diadakan pagi tadi bertempat di Mini Stadium, MSN.

Insentif yang berupa ganjaran mata dalam aplikasi Grab dihadiahkan kepada semua atlet yg bertanding di Temasya Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 sebagai tanda penghargaan pihak Grab Malaysia kepada wira dan wirawati negara.

Sesi penyerahan yang dihadiri Pn. Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia, turut dihadiri Pengarah Bahagian Para En. Mohd Sofian Hamzah, pemenang-pemenang pingat Paralimpik Paris, Datuk Abd Latif Romly, Ziyad Zolkefli, dan Eddy Bernard.

#PETRONASLTdL2024

Pelumba Britain, Max Poole, dari pasukan DSM-Firmenich PostNL berjaya mengungguli peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, yang melibatkan laluan mendaki sejauh 170.3 kilometer dari Taiping ke Cameron Highlands. Poole mencatatkan masa 4 jam 24 minit 34 saat sekaligus mengatasi Harold Martin Lopez dari pasukan Astana Qazaqstan Team dan Thomas Pesenti dari JCL Team UKYO.

Laluan mendaki yang mencabar ini benar-benar menguji keupayaan pelumba dalam perlumbaan, dan kemenangan Poole menonjolkan kebolehannya sebagai salah satu pendaki muda berbakat dalam arena sukan berbasikal.

Majlis Penyerahan Penajaan Hadiah Insentif Milo Kepada Kontinjen Malaysia
Majlis Penyerahan Penajaan Hadiah Insentif Milo Kepada Kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Olimpik & Paralimpik Paris 2024

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Majlis Penyerahan Penajaan Hadiah Insentif Milo Kepada Kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Olimpik & Paralimpik Paris 2024.

Dalam majlis tersebut seramai 56 atlet Malaysia yang beraksi di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 menerima RM10,000 setiap seorang daripada Milo.

Kontinjen Malaysia membawa pulang dua pingat gangsa dalam Sukan Olimpik dan dua emas, dua perak, satu gangsa di Sukan Paralimpik.

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia