Seramai 20 tenaga pengajar telah mengikuti kursus ini dari 21 hingga 23 Februari 2024 di The Pearl Kuala Lumpur bagi meningkatkan kemahiran serta memperkukuh modul pengajaran.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Safrushahar Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan MSN bersama Pegawai Panel KPSK.
Hari kedua Bengkel Penyelarasan Program Pembangunan Sukan Olimpik berlangsung dengan sesi perbincangan yang terus menumpukan kepada hala tuju pembangunan lapan sukan terpilih.
Turut hadir, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah MSN (Pembangunan Sukan).
Taklimat mengenai fungsi dan tanggungjawab Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) telah diberikan kepada pengurus sukan Majlis Sukan Negara pada 20 Feb 2025.
Taklimat ini turut membentangkan cadangan pelaksanaan program-program bagi tahun 2025 untuk elemen pendidikan, kerjaya dan juga kebajikan agar program yang dirancang tidak bertindih dengan pelaksanaan program-program lain.
Selain itu, Puan Ang Li Peng yang merupakan “Safe Guarding Officer” bertauliah dari International Olympic Council (IOC), peguam dan bekas pemain badminton negara turut hadir bagi memberi taklimat mengenai Sukan Selamat sebagai panduan untuk memastikan persekitaran sukan yang bebas dari sebarang bentuk penderaan, gangguan, keganasan, dan ancaman keselamatan.
Seramai 24 pengurus sukan daripada Bahagian Atlet dan Bahagian Paralimpik telah hadir ke taklimat tersebut.
Majlis Perasmian Program Pembangunan Sukan Olimpik telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, bertempat di Hotel Dorsett Grand, Subang.
Demi usaha memperkukuh struktur program tersebut, satu bengkel penyelarasan diadakan pada 20 hingga 21 Februari sebagai sebahagian daripada inisiatif MSN untuk membincangkan perkara berkaitan kriteria atlet, struktur pertandingan, program binaan, KPI dan penanda aras bersama beberapa pemegang taruh utama yang terdiri daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan.
Lapan sukan yang terlibat ialah Akuatik (Renang dan Terjun), Olahraga, Skuasy, Berbasikal, Badminton, Taekwondo, dan Memanah.
Sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan program pembangunan ini.