Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) telah menerima kunjungan daripada pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 6 Jun 2025. Kunjungan dari wakil BSN yang terdiri daripada Puan Anes Juwita, Puan Nor Asmelia dan Puan Fatin Nasuha dari Bahagian Rangkuman Kewangan BSN adalah bertujuan untuk memperkasakan literasi kewangan di kalangan atlet, khususnya bagi atlet-atlet para negara.
Menerusi program jangka pendek ini, BSN berhasrat untuk membina kesedaran dan konsistensi dalam amalan menyimpan di kalangan atlet-atlet negara. Selain itu, BSN juga memperkenalkan beberapa insentif khusus bagi membantu kumpulan masyarakat yang terdedah kepada isu kewangan.
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Kedah serta berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Negeri Kedah untuk Gred G1, Kategori CE Pengkhususan โ Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21/M15, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) permit IPA Jenis D) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/010/2025 (SK) TAJUK SEBUTHARGA : KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH LOJI RAWATAN AIR KUMBAHAN (STP) YANG MELIBATKAN KERJA SIVIL, MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH TARIKH BUKA : 5 JUN 2025 (RABU) TAKLIMAT : 12 JUN 2025 (KHAMIS/11.00 PAGI) & LAWATAN TAPAK PUSAT PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH TARIKH TUTUP : 18 JUN 2025 (RABU) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Melaka serta berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Negeri Melaka untuk Gred G1, Kategori CE Pengkhususan โ Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21/M15, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) permit IPA Jenis D) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/009/2025 (SK) TAJUK SEBUTHARGA : KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH LOJI RAWATAN AIR KUMBAHAN (STP) YANG MELIBATKAN KERJA SIVIL, MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL DI KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA TARIKH BUKA : 5 JUN 2025 (RABU) TAKLIMAT : 12 JUN 2025 (KHAMIS/11.00 PAGI) & LAWATAN TAPAK KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA TARIKH TUTUP : 18 JUN 2025 (RABU) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Kem Bakat Olimpik bagi Sukan Taekwondo Siri 1/2025 sedang berlangsung pada 30 Mei hingga 5 Jun 2025 bertempat di Ar Riyadah Residence, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Kem latihan ini melibatkan penyertaan seramai 63 orang atlet, 14 jurulatih dan 5 orang panel pakar, sebagai sebahagian daripada persediaan intensif menjelang Kejohanan Kadet & Junior Asia 2025 yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada Julai nanti.
Program ini dilaksanakan di bawah inisiatif Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Malaysia, bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet muda negara di peringkat antarabangsa serta menyokong hala tuju pembangunan sukan berprestasi tinggi negara.
Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berlangsung pada 26โ28 Mei 2025 di Dewan Kuliah Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS.
Seramai 30 peserta terdiri daripada pelajar UMS telah menyertai kursus ini bagi memperkukuh ilmu dalam bidang pengurusan sukan.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh En. Mohd Safrushahar bin Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan, bersama barisan panel serta wakil UMS.
Majlis Sukan Negara (MSN) telah menerima kunjungan hormat daripada YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, di Ibu Pejabat MSN, Bukit Jalil.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik dalam pembangunan sukan di negeri Johor serta mempelajari struktur tadbir urus sukan yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan.
Delegasi Johor telah disambut oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, Encik Joherman Amir, Pengarah Bahagian Para, Encik Mohd Yazid Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Bakat dan En. Ahmad Khawari Mohd Isa, Ketua Komunikasi Korporat MSN.
Turut hadir mengiringi YB EXCO ialah YBhg. Datoโ Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) dan Ts. Mohd Ekmaluddin Ishak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor.