Majlis Sukan Negara Malaysia
AB LE TOUR DE LANGKAWI 2026–2028

Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan telah menganjurkan LAB Le Tour de Langkawi 2026–2028 pada 18 hingga 20 Jun 2025 bertempat di Hotel Dorsett Grand, Subang.

Sesi lab ini bertujuan membincangkan hala tuju serta penambahbaikan penganjuran perlumbaan berprestij ini bersama Persatuan Sukan Kebangsaan, agensi kerajaan, syarikat korporat dan pengamal media.

Turut hadir, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN dan YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN.

SESI PERKONGSIAN NETSAFE BERSAMA ATLET MENGENAI ANCAMAN DAN GANGGUAN DALAM TALIAN TERHADAP KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN ATLET

Majlis Sukan Negara (MSN) telah menganjurkan sesi bersama Netsafe bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan atlet terhadap ancaman dan gangguan dalam talian yang boleh menjejaskan kesihatan mental serta kesejahteraan mereka.

Sesi yang disampaikan oleh En. Brent Carey, Ketua Pegawai Eksekutif Netsafe, turut dihadiri oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, dan melibatkan penyertaan 450 atlet daripada program MSN dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MSN dalam menjaga kebajikan atlet secara menyeluruh, termasuk aspek keselamatan digital.

12TH SOUTHEAST ASIAN KARATE CHAMPIONSHIP

BRUNEI DARUSSALAM

Senior Female Ind Kata

Gold πŸ₯‡– Vietnam

Silver πŸ₯ˆ– Vietnam

Bronze πŸ₯‰– Lovelly Anne (MAS)

Senior Kumite Female -50kg

Gold πŸ₯‡– Shamalarani Chandran (MAS)

Silver πŸ₯ˆ– Vietnam

Bronze πŸ₯‰– Cambodia

Senior Kumite Male -55kg

Gold πŸ₯‡– Thevendran Kaliana Sundram (MAS)

Silver πŸ₯ˆ– Thailand

Bronze πŸ₯‰– Thailand

Bronze πŸ₯‰– Vietnam

Senior Kumite Male -60kg

Gold πŸ₯‡– Sureeya Shankar Hari Shankar (MAS)- Podium

Silver πŸ₯ˆ– Cambodia

Bronze πŸ₯‰– Brunei

Bronze πŸ₯‰– Thailand

Senior Kumite Male -75kg

Gold πŸ₯‡– Vietnam

Silver πŸ₯ˆ– Indonesia

Bronze πŸ₯‰– McRoyce Donavan Dagol (MAS)

Bronze πŸ₯‰– Vietnam

Senior Male Team Kumite

Gold πŸ₯‡– MAS

Silver πŸ₯ˆ– Vietnam

Bronze πŸ₯‰– Cambodia

πŸ“Έ: AKF Asian Karate Federation

KURSUS SPORTS TAPING 1 SIRI 1/2025 OLEH MSN DAN ISN

19 orang atlet dari sukan akuatik terjun, para berbasikal, boccia, karate, olahraga, para ping pong dan sepak takraw telah menyertai Kursus Sports Taping yang berlangsung pada 19 Jun 2025 di Hotel Courtyard, Kuala Lumpur.

Kursus yang dianjurkan Majlis Sukan Negara (MSN) melalui Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), Institut Sukan Negara (ISN) ini bertujuan untuk memperkasakan atlet dengan kemahiran dalam teknik sports taping, sebagai satu nilai tambah kendiri yang berguna dan relevan untuk kegunaan masa kini dan akan datang.

LAWATAN ILMIAH SM IMTIAZ ULUL ALBAB MELAKA KE MAJLIS SUKAN NEGARA

Majlis Sukan Negara (MSN) telah menerima kunjungan seramai 48 orang pelajar dan 8 orang guru dari SM Imtiaz Ulul Albab Melaka dalam satu lawatan ilmiah pada Rabu bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar berkaitan fasiliti sukan berprestasi tinggi, memahami peranan MSN dalam pembangunan atlet negara, serta menanam minat untuk menceburi bidang sukan secara profesional pada masa hadapan.

PERBINCANGAN MEJA BULAT MAJLIS SUKAN NEGARA BERSAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI DAN PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN SERTA TAKLIMAT PERMOHONAN DAN SUKAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini mengadakan sesi meja bulat bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) untuk menyelaras pelaksanaan 20 jenis sukan teras prestasi tinggi yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan 14 April lalu.

Inisiatif ini adalah bagi memastikan program pembangunan atlet ini lebih sistematik dan terancang selain memastikan KPM dan KPT melaksanakan program pembangunan untuk 20 sukan teras prestasi tinggi yang sama.

Sesi meja bulat ini dipengerusikan Ketua Pengarah MSN, En. Jefri Ngadirin yang turut dihadiri wakil KPM Pn. Norhamimi Othman ; Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sukan, Bahagian Sukan, Ko-Kurikulum dan Kesenian dan KPT serta Dr. Hanafiah Ayub; Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik.

Turut berlangsung, taklimat permohonan dana sukan bersama 58 PSK dibawah Majlis Olimpik Malaysia serta 25 sukan Para dibawah Majlis Paralimpik Malaysia bersama Kementerian Belia dan Sukan.

Perbincangan ini menjelaskan tatacara dan proses dalam memohon bantuan-bantuan dibawah Kementerian Belia dan Sukan terutamanya Geran Padanan Sukan, Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara dan Dana Komuniti Sukan.

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 SIRI 1/2025 OLEH MSN DAN ISN

Kursus Sains Sukan Tahap 1 Siri 1/2025 telah berlangsung pada 16 hingga 20 Jun 2025 di Hotel Courtyard, Kuala Lumpur.

Kursus anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) melalui Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), Institut Sukan Negara (ISN) ini melibatkan penyertaan 14 orang atlet sukan akuatik terjun, para berbasikal, boccia, karate, olahraga, para ping pong dan sepak takraw.

Penganjuran kursus ini merupakan salah satu inisiatif berterusan dalam usaha memperkukuh pengetahuan serta kefahaman atlet terhadap sains sukan, seterusnya menyokong pembangunan kerjaya mereka dalam industri sukan tanah air.

KERJA-KERJA MENAIKTARAF LAMPU KAWASAN KEPADA SOLAR DI KAWASAN PARKING LOBI UTAMA BANGUNAN PENTADBIRAN MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor untuk Gred G1, Kategori ME Pengkhususan E16 serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/014/2025 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MENAIKTARAF LAMPU KAWASAN KEPADA SOLAR DI KAWASAN PARKING LOBI UTAMA BANGUNAN PENTADBIRAN MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 17 JUN 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 24 JUN 2025 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan (sekiranya ada). Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PEMBEKALAN PERKAKASAN DAPUR DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Kedah serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

020401 – PERALATAN DAN PERKAKASAN DOMESTIK DAN
020301 – PERKAKAS ELEKTRIK DAN AKSESORI

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/025/2025 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBEKALAN PERKAKASAN DAPUR DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH
TARIKH BUKA : 17 JUN 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 24 JUN 2025 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Cik Azira zainuddin (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929713

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

SESI RAMAH MESRA ATLET NEGARA @ HBN2025!

Sambutan Hari Belia Negara 2025 berlangsung penuh warna-warni dari 13–15 Jun 2025 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia turut diserikan dengan kehadiran ribuan belia dari seluruh pelusuk negara.

Seperti tradisi tahunan, Majlis Sukan Negara (MSN) tampil menceriakan suasana dengan kehadiran atlet-atlet negara di reruai MSN @ Port Fit Malaysia, memberikan peluang kepada para pengunjung untuk beramah mesra, bergambar dan mendapat inspirasi daripada wira sukan tanah air.

Turut hadir sama ke majlis tersebut, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN.