Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 anjuran bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan pada 15–17 Julai 2025 bertempat di Akademi Sukan, UPM.

Kursus ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan kompetensi bagi staf Skim S (Belia & Sukan), khususnya yang terlibat dalam pengurusan dan penganjuran acara sukan.

Melalui kursus ini, para peserta didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran asas pengurusan sukan secara menyeluruh, selari dengan usaha membentuk pegawai sukan yang berkemahiran, profesional dan berdaya saing, ke arah pembangunan sukan negara yang mampan.

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN PERSATUAN GOLF WANITA MALAYSIA (MALGA) KE MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA (MSN)

Majlis Sukan Negara (MSN) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Y.A.M Tunku Puteri, Tunku Puan Sri Dato’ Seri Jawahir Almarhum Tuanku Ja’far, Presiden Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA), di Ibu Pejabat MSN, Bukit Jalil.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara MSN dan MALGA, khususnya dalam memperkasa pembangunan sukan golf wanita di Malaysia.

Y.A.M Tunku Puteri telah disambut oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN.

MAJLIS MENANDATANGANI SURAT HASRAT ANTARA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA DAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Hasrat antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 17 Julai 2025 bertempat di Dewan Zulfaqar, UPNM.

Majlis menandakan permulaan kerjasama strategik dalam pembangunan program akademik berasaskan Work-Based Learning (WBL), satu inisiatif yang memberi peluang kepada atlet, jurulatih dan warga MSN untuk melanjutkan pengajian tinggi melalui kaedah APEL A, yang mengiktiraf pengalaman kerja sebagai kelayakan masuk ke universiti.

Majlis ini dimeterai oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN dan YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad, Naib Canselor UPNM.

Kerjasama ini menjadi pencetus kepada usaha melahirkan atlet berpendidikan tinggi, yang seimbang dari segi pencapaian akademik dan kecemerlangan dalam sukan

BENGKEL PELAN TINDAKAN WANITA DALAM SUKAN 2026–2030

Majlis Sukan Negara telah menganjurkan Bengkel Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan (PTWDS) 2026–2030 yang bertujuan memperkukuh ekosistem sukan negara ke arah yang lebih inklusif, progresif dan berdaya saing.

Pelan ini dijangka memberi manfaat menyeluruh dalam memperluas penyertaan wanita sebagai atlet, jurulatih, pengurus dan pemimpin sukan, serta memperkasakan institusi sukan agar lebih responsif terhadap kesaksamaan gender dan tadbir urus yang mampan.

Usaha ini seiring dengan komitmen negara dalam menjadikan sukan sebagai medium pembangunan insan yang menyeluruh tanpa mengira jantina.

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN KEJURULATIHAN MSN 2025

Majlis Sukan Negara (MSN) melalui Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan menganjurkan Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan Kejurulatihan pada 16 Julai 2025 bertempat di The Pearl, Kuala Lumpur.

Bengkel ini bertujuan untuk menyemak dan menambah baik garis panduan sedia ada yang mula diperkenalkan sejak tahun 2018.

Usaha ini sejajar dengan komitmen MSN dalam memastikan sistem kejurulatihan negara sentiasa relevan, efektif dan berpandukan amalan terbaik semasa.

PERKHIDMATAN ‘HYGIENE CARE’ DI BANGUNAN PENTADBIRAN, KOMPLEKS MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

020401 – PERALATAN & PERKAKASAN DOMESTIK
DAN
020403 – BAHAN PENCUCI DAN PEMBERSIHAN

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/039/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN ‘HYGIENE CARE’ DI BANGUNAN PENTADBIRAN, KOMPLEKS MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
TARIKH BUKA : 16 JULAI 2025 (RABU)
TARIKH TUTUP : 23 JULAI 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn Norain Ahmad (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929051

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PEMBELIAN PAKAIAN  ATLET DAN JURULATIH DI BAWAH PROGRAM PODIUM DAN PELAPIS BAGI TAHUN 2025

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

030101 – PAKAIAN SUKAN DAN AKSESORI

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/030/2025 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBELIAN PAKAIAN ATLET DAN JURULATIH DI BAWAH PROGRAM PODIUM DAN PELAPIS BAGI TAHUN 2025
TARIKH BUKA : 16 JULAI 2025 (RABU)
TARIKH TUTUP : 23 JULAI 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin (Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Siti Khadijah Nordin (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929039

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

Garis Panduan Logo

Design T Shirt Program Podium dan Pelapis 2025 Round Neck

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA     KOMPREHENSIF BAGI SATU (1) UNIT LIFT DI VELODROM NASIONAL NILAI, NEGERI SEMBILAN UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 hingga G7, Kategori ME – Pengkhususan M03 berdaftar di Selangor , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/038/2025 (SPK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA KOMPREHENSIF BAGI SATU (1) UNIT LIFT DI VELODROM NASIONAL NILAI, NEGERI SEMBILAN UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 16 JULAI 2025 (RABU)
TARIKH TUTUP : 23 JULAI 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Lembaga Pembangunan Industri & Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

KARNIVAL PENCARIAN BAKAT SUKAN PARA ZON TIMUR (TERENGGANU) 2025

Karnival Pencarian Bakat Sukan Para Zon Timur telah diadakan pada 13 hingga 14 Julai 2025 bertempat di Ar-Riyadah Residence, Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Seramai 55 orang peserta telah menyertai karnival ini, melibatkan tiga kategori iaitu kecacatan fizikal (PI), kecacatan penglihatan (VI) dan juga lemah pembelajaran (II).

Program ini menjadi medan saringan penting dalam usaha mengenal pasti atlet para masa depan negara.

MAJLIS ANUGERAH PERSATUAN PENULIS-PENULIS SUKAN MALAYSIA (SAM) 2024

Atlet boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah dinobat Atlet Terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2024.

Olahragawati Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2024 itu menewaskan 4 calon lain iaitu beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, jaguh boling wanita Sin Li Jane, pelari menara Soh Wai Ching dan jaguh wushu wanita, Tan Cheong Min.

Jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin pula memenangi anugerah Atlet Para terbaik buat kali ketiga, menewaskan Cheah Liek Hou (para badminton), dan 3 wakil para olahraga iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20), Datuk Abdul Latif Romly (lompat jauh T20) dan Eddy Bernard (100m T44).

Turut mecipta sensasi, perenang muda negara, Muhammad Dhuha Zulfikry yang diangkat sebagai penerima Anugerah Atlet Muda Terbaik.

Hadiah disampaikan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Majlis Anugerah SAM-100PLUS mempertandingkan 13 kategori termasuk Anugerah Siebel, Anugerah Fotografi Sukan Terbaik, Anugerah Pengulas Sukan Popular dan Anugerah Tokoh Kepimpinan SAM.