Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA MSN DAN YAYASAN SIME DARBY

Majlis Sukan Negara Malaysia dan Yayasan Sime Darby hari ini memeterai Memorandum Persefahaman bagi kerjasama strategik melalui penyewaan Velodrom Nasional Malaysia dan Trek BMX Nilai untuk penganjuran YSD Track Series dan YSD BMX Series.

MoU ini bertujuan memperkukuh pembangunan sukan berbasikal trek dan BMX negara, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat akar umbi, pendedahan pertandingan, serta pengukuhan ekosistem sukan yang lebih inklusif dan progresif.

Kerjasama selama tiga tahun ini turut merangkumi usaha meningkatkan penglibatan komuniti, penyertaan wanita dalam sukan berbasikal, serta sokongan terhadap aspirasi negara melahirkan atlet bertaraf dunia.

Majlis ini ditandatangani oleh YBrs. En. Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah, MSN dan Dr. Hjh. Yatela Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Sime Darby, serta disaksikan oleh Y.A.M. Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Pengerusi Yayasan Sime Darby.