Majlis Sukan Negara memeterai perjanjian penajaan bersama syarikat barangan sukan, Corporate Hero Century Snd. Bhd. (PACE) yang menyediakan pakaian rasmi TEAM MAS kepada atlet di bawah program MSN.
Pada majlis tersebut, MSN diwakili Ketua Pengarah, YBrs. Encik Jefri Ngadirin manakala PACE diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Encik Teoh Chia Chun dan disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh serta Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.













