Seramai 250 orang atlet dan jurulatih telah menghadiri Perhimpunan Bulanan Atlet Para yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg. Pandan.
Perhimpunan ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan latihan dan kejohanan, meningkatkan semangat serta motivasi atlet, menilai disiplin dan kehadiran, serta memberi penghargaan kepada atlet yang menunjukkan prestasi cemerlang.
Turut hadir, Encik Shukri Harun, Pengarah Bahagian Para, Majlis Sukan Negara (MSN).

















