Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT PENYELARASAN SEKRETARIAT MACE BERSAMA BAHAGIAN SIASATAN SEKSUAL, WANITA DAN KANAK-KANAK (D11), JABATAN SIASATAN JENAYAH BUKIT AMAN

Mesyuarat Penyelarasan Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) bersama Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah diadakan pada 21 Ogos 2025 bertempat di Menara KPJ, Kuala Lumpur.

Perbincangan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aspek pelaksanaan Sukan Selamat, khususnya berkaitan perlindungan atlet, tapisan keselamatan serta perkongsian kepakaran perundangan.

Turut hadir, YBrs. Encik Mohd Sofian Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) MSN.

Kerjasama erat ini diharap dapat memperkasakan usaha bersama dalam mewujudkan persekitaran sukan yang lebih selamat, berintegriti dan kondusif.