Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT PENYELARASAN PETRONAS LE TOUR DE LANGKAWI 2025 BIL 1/2025

Mesyuarat Penyelarasan Ketua-Ketua Jabatan dan Teknikal Bilangan 1/2025 bagi penganjuran PETRONAS Le Tour de Langkawi (PLTdL) 2025 telah diadakan pada 7 Ogos 2025 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Mesyuarat ini telah membincangkan penyelarasan hala tuju, peranan, dan perancangan jabatan-jabatan terlibat, di samping menyampaikan makluman terkini berkenaan pengoperasian serta mendapatkan maklum balas daripada ketua-ketua jabatan PLTdL menjelang perlumbaan yang akan berlangsung kurang daripada dua bulan lagi.

Turut hadir sama ke mesyuarat tersebut, YBrs. En. Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN, En. Mohd Safrushahar bin Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan merangkap Pengarah Acara PLTdL 2025, En. Emir Abdul Jalal, Ketua Pegawai Operasi serta En. Arif Astaman, Pengarah Teknikal PLTdL 2025.