Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS MENANDATANGANI SURAT HASRAT ANTARA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA DAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Hasrat antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 17 Julai 2025 bertempat di Dewan Zulfaqar, UPNM.

Majlis menandakan permulaan kerjasama strategik dalam pembangunan program akademik berasaskan Work-Based Learning (WBL), satu inisiatif yang memberi peluang kepada atlet, jurulatih dan warga MSN untuk melanjutkan pengajian tinggi melalui kaedah APEL A, yang mengiktiraf pengalaman kerja sebagai kelayakan masuk ke universiti.

Majlis ini dimeterai oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN dan YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad, Naib Canselor UPNM.

Kerjasama ini menjadi pencetus kepada usaha melahirkan atlet berpendidikan tinggi, yang seimbang dari segi pencapaian akademik dan kecemerlangan dalam sukan