Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives November 13, 2025

LAWATAN CDM KE PUSAT LATIHAN PAPAN SELAJU TEMASYA SUKAN SEA 2025, THAILAND

Lawatan rasmi Chef de Mission (CDM) ke pusat latihan papan selaju negara telah diadakan pada 13 November 2025 bertempat di Skatepark Presint 4, Putrjaya.

Sesi lawatan diketuai YBrs. Puan Nurul Huda Abdullah selaku CDM bersama YH Dato’ Kenny Goh Chee Keong, DCDM bertujuan meninjau persiapan akhir pasukan menjelang temasya dwitahunan tersebut.

Skuad papan selaju negara akan diwakili 8 atlet, 4 lelaki dan 4 wanita yang akan menyertai acara street dan park.

MAJLIS APRESIASI WARGA MSN 2025

Majlis Apresiasi Warga Majlis Sukan Negara (MSN) 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Dorsett Grand, Subang pada 12 November 2025. Penganjuran majlis ini merupakan simbol penghargaan terhadap sumbangan dan jasa seluruh warga MSN, termasuk para pesara yang telah menabur bakti dalam pembangunan sukan negara.

Bertemakan “Old Money”, majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ketua Pengarah MSN, Encik Jefri Ngadirin, bersama barisan pengurusan tertinggi, pegawai serta anggota MSN.

Penganjuran ini mencerminkan semangat kekeluargaan serta komitmen berterusan MSN dalam mengiktiraf peranan setiap warga yang menjadi tulang belakang kepada kecemerlangan sukan negara.

KURSUS CCE ZON BORNEO 2025

High Performance Training Methodology: Planning and Periodization

Kursus CCE Zon Borneo 2025 telah berlangsung pada 11 hingga 12 November 2025 di Hotel Raia, Kota Kinabalu, Sabah dengan penyertaan seramai 29 jurulatih wanita dari Sabah, Sarawak dan Labuan.

Kursus selama dua hari ini dikendalikan oleh Prof. Oleksandr Krasilshchikov, Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Program ini memberi pendedahan mendalam mengenai metodologi latihan berprestasi tinggi yang menekankan aspek perancangan dan periodisasi bagi membantu jurulatih memaksimumkan prestasi atlet melalui pendekatan latihan yang lebih sistematik dan berkesan.