PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DAN SEMBURAN NYAMUK BERASAP (GENERAL PEST CONTROL & FOGGING) DI VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN SECARA KONTRAK BERKALA UNTUK MSNM

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Sembilan serta berdaftar dengan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 Jabatan Pertanian Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dan bertaraf Bumiputera di bawah kod bidang seperti berikut :-

                        220901– KAWALAN SERANGGAN PEROSAK/ANTI TERMITE

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga boleh dimuat turun di laman ini manakala dokumen sebut harga akan diperolehi semasa sesi taklimat. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri  atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan )                      : 03-89929066       

En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal)           : 03-89929837       

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi