Majlis Sukan Negara (MSN) telah menerima kunjungan daripada YB Dato’ Seri Reezal Merican, Penaung Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), ke Pusat Latihan Memanah di Kompleks MSN Nilai pada Isnin.
Semoga dengan kehadiran serta sokongan beliau menjadi dorongan buat atlet memanah negara untuk terus melakar kejayaan.
Turut hadir, YBrs. En. Abdul Aziz Arifin, Ketua Pegawai Eksekutif Bubbles O2, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, dan YBhg. Dato’ Haji Abdul Hamid Hasan, Presiden NAAM.







