Majlis Perhimpunan Bulanan MSN bagi bulan Ogos 2025 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN bertempat di Bukit Jalil.
Dalam amanatnya, beliau menekankan kepentingan budaya akauntabiliti, penstrukturan organisasi yang lebih mantap, penguasaan ilmu dan teknologi (AI), pengurangan birokrasi, serta penolakan terhadap budaya buli dan perkauman. Beliau turut menyeru seluruh warga MSN untuk bersama menjayakan agenda transformasi dengan semangat kebangsaan, dedikasi dan tekad baharu.
Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan serta penyerahan bendera Kontinjen MSN ke Festival Sukan Majlis Sukan Negeri-Negeri Se-Malaysia (FESMAS) dan Karnival Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN).
Acara penutup diserikan dengan nyanyian lagu Tanggal 31 dan gimik pemasangan bendera di kenderaan rasmi Majlis sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.












