Kursus Pendidikan Jurulatih Berterusan (CCE): Sports Taping Zon Utara 2025 telah diadakan pada 21 Ogos 2025 bertempat di Hotel Berjaya, Pulau Pinang.
Kursus yang disertai seramai 30 orang jurulatih wanita daripada pelbagai program pembangunan ini menekankan kepentingan teknik taping dalam menyokong sendi, otot serta mencegah kecederaan atlet selaras dengan misi melahirkan lebih ramai jurulatih berkemahiran tinggi.



