Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS ASAS BARISTA BERSAMA ATLET

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) melalui Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS telah menganjurkan Kursus Asas Barista Bersama Atlet pada 19 Julai 2025 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Kursus ini dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman dari IKTBN Alor Gajah dan disertai oleh 12 atlet negara.

Penganjuran program ini bertujuan memberikan ruang dan peluang kepada atlet untuk memperoleh pengetahuan asas dalam bidang barista. Para peserta turut berpeluang mempraktikkan teori yang dipelajari secara langsung. Kemahiran ini diharap dapat menjadi kerjaya sampingan serta persediaan masa depan bagi atlet selepas bersara daripada arena sukan.