Majlis Sukan Negara telah menganjurkan Bengkel Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan (PTWDS) 2026–2030 yang bertujuan memperkukuh ekosistem sukan negara ke arah yang lebih inklusif, progresif dan berdaya saing.
Pelan ini dijangka memberi manfaat menyeluruh dalam memperluas penyertaan wanita sebagai atlet, jurulatih, pengurus dan pemimpin sukan, serta memperkasakan institusi sukan agar lebih responsif terhadap kesaksamaan gender dan tadbir urus yang mampan.
Usaha ini seiring dengan komitmen negara dalam menjadikan sukan sebagai medium pembangunan insan yang menyeluruh tanpa mengira jantina.





