Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives July 3, 2025

KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 1 hingga 3 Julai 2025 melibatkan penyertaan seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Persatuan Sukan Negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri, Majlis Sukan Negeri dan Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pengurusan sukan secara menyeluruh dan sistematik.

Majlis Penutupan kursus telah disempurnakan oleh Encik Mohd Safrushahar Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan, MSN, yang turut diiringi oleh Encik Chew Kok Rui, wakil Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KARNIVAL PENCARIAN BAKAT SUKAN PARA ZON TENGAH 2025

Seramai 111 peserta daripada pelbagai kategori kecacatan (kecacatan fizikal, kecacatan penglihatan dan lemah pembelajaran) telah hadir pada sesi pencarian bakat yang telah diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan.

Saringan melibatkan 8 jenis Sukan Para iaitu Para Olahraga, Para Renang, Para Badminton, Para Ping Pong, Para Memanah, Powerlifting, Boccia serta Para Catur dan 40 peserta telah dikenal pasti berbakat dan berpotensi di Zon Tengah.

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEMEN TALI TINGGI, ZIPLINE DAN KAWASAN MERENTAS HALANGAN  DI KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 Ke atas, Kategori CE, Pengkhususan CE21 (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) berdaftar di Negeri Melaka sahaja serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/024/2025 (SP)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEMEN TALI TINGGI, ZIPLINE DAN KAWASAN MERENTAS HALANGAN DI KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 3 JULAI 2025 (KHAMIS)
TAKLIMAT : 8 JULAI 2025 (SELASA/11.00 PAGI)
& LAWATAN TAPAK DI KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA
TARIKH TUTUP : 15 JULAI 2025 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha (Urusetia Perolehan) : 03-89929066
Cik Nursahsiah Nasuha Binti Saharuddi (Spesifikasi Teknikal) : 03-89929843

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

Majlis Sukan Negara Malaysia