Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives July 2, 2025

MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA MAJLIS PARALIMPIK MALAYSIA DAN INSTITUT SUKAN NEGARA BAGI PERSEDIAAN TEMASYA SUKAN PARA ASEAN NAKHON RATCHASIMA 2025

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Encik Jefri Ngadirin, telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan bersama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Institut Sukan Negara (ISN) sebagai langkah awal persediaan ke Temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025.

Mesyuarat ini turut dihadiri Presiden MPM, Dato’ Sri Megat D. Shahriman Zaharuddin, bagi memastikan peranan MPM dan ISN dapat diselaraskan dalam persiapan kontinjen negara menjelang temasya dwitahunan yang dijadual berlangsung pada Januari 2026.

PERBINCANGAN MAJLIS SUKAN NEGARA BERSAMA SPORTS SINGAPORE

Majlis Sukan Negara (MSN) dan Sport Singapore mengadakan perbincangan strategik bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara agensi sukan utama kedua-dua negara.

Antara topik yang dibincangkan termasuk cadangan penganjuran semula SSC/NSC Games yang kali terakhir dianjurkan sebelum pandemik.

Turut dibincangkan penubuhan kumpulan kerja teknikal (technical working group) bagi merangka kerjasama jangka panjang dalam pembangunan sukan, sains sukan dan pertukaran kepakaran.

Majlis Sukan Negara Malaysia