Majlis Sukan Negara (MSN) telah menganjurkan sesi bersama Netsafe bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan atlet terhadap ancaman dan gangguan dalam talian yang boleh menjejaskan kesihatan mental serta kesejahteraan mereka.
Sesi yang disampaikan oleh En. Brent Carey, Ketua Pegawai Eksekutif Netsafe, turut dihadiri oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, dan melibatkan penyertaan 450 atlet daripada program MSN dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MSN dalam menjaga kebajikan atlet secara menyeluruh, termasuk aspek keselamatan digital.












