Majlis Sukan Negara (MSN) telah menerima kunjungan hormat daripada YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, di Ibu Pejabat MSN, Bukit Jalil.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik dalam pembangunan sukan di negeri Johor serta mempelajari struktur tadbir urus sukan yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan.
Delegasi Johor telah disambut oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, Encik Joherman Amir, Pengarah Bahagian Para, Encik Mohd Yazid Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Bakat dan En. Ahmad Khawari Mohd Isa, Ketua Komunikasi Korporat MSN.
Turut hadir mengiringi YB EXCO ialah YBhg. Dato’ Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) dan Ts. Mohd Ekmaluddin Ishak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor.










