Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives May 29, 2025

KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berlangsung pada 26–28 Mei 2025 di Dewan Kuliah Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS.

Seramai 30 peserta terdiri daripada pelajar UMS telah menyertai kursus ini bagi memperkukuh ilmu dalam bidang pengurusan sukan.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh En. Mohd Safrushahar bin Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan, bersama barisan panel serta wakil UMS.

KUNJUNG HORMAT EXCO BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR KE MSN

Majlis Sukan Negara (MSN) telah menerima kunjungan hormat daripada YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, di Ibu Pejabat MSN, Bukit Jalil.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik dalam pembangunan sukan di negeri Johor serta mempelajari struktur tadbir urus sukan yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan.

Delegasi Johor telah disambut oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, Encik Joherman Amir, Pengarah Bahagian Para, Encik Mohd Yazid Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Bakat dan En. Ahmad Khawari Mohd Isa, Ketua Komunikasi Korporat MSN.

Turut hadir mengiringi YB EXCO ialah YBhg. Dato’ Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) dan Ts. Mohd Ekmaluddin Ishak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor.

Majlis Sukan Negara Malaysia