Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI ASIA NEW ZEALAND FOUNDATION KE MAJLIS SUKAN NEGARA

Majlis Sukan Negara menerima kunjungan hormat delegasi Sports Leaders dari Asia New Zealand Foundation pada 29 April 2025 sebagai usaha memperkukuh jalinan kerjasama dua hala antara Malaysia dan New Zealand.

Delegasi seramai tujuh orang yang diketuai Pengurus Program Sukan, Puan Kirsty Sharp, sempat mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah MSN, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, dan barisan pengurusan tertinggi MSN sebagai medan perbincangan dan bertukar pandangan, perkongsian idea serta meneroka potensi kerjasama dalam bidang pembangunan sukan.