Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives April 29, 2025

MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS TEKNIKAL SUKAN MALAYSIA BIL. 1/2025

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia Bil. 1/2025 telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XXII Selangor 2026 bertempat di Hotel Dorsett Grand, Subang.

Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan cadangan sukan dan acara serta membincangkan pelan tindakan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) menjelang temasya SUKMA Selangor 2026 yang dijadualkan berlangsung pada Ogos 2026.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah penamaan calon Ketua Delegat Teknikal, cadangan calon Pengurus Pertandingan, pengesahan acara serta tempoh dan hari pertandingan, penyediaan jadual serta peraturan pertandingan, dan keperluan pegawai teknikal yang dicadangkan bagi memastikan kelancaran penganjuran temasya tersebut.

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI ASIA NEW ZEALAND FOUNDATION KE MAJLIS SUKAN NEGARA

Majlis Sukan Negara menerima kunjungan hormat delegasi Sports Leaders dari Asia New Zealand Foundation pada 29 April 2025 sebagai usaha memperkukuh jalinan kerjasama dua hala antara Malaysia dan New Zealand.

Delegasi seramai tujuh orang yang diketuai Pengurus Program Sukan, Puan Kirsty Sharp, sempat mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah MSN, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, dan barisan pengurusan tertinggi MSN sebagai medan perbincangan dan bertukar pandangan, perkongsian idea serta meneroka potensi kerjasama dalam bidang pembangunan sukan.

PEMBELIAN PERALATAN DAN PAKAIAN  LATIHAN/ PERTANDINGAN ATLET SUKAN PARA PING PONG PROGRAM PELAPIS KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2025

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

030501 – PERALATAN SUKAN

030101 – PAKAIAN SUKAN DAN AKSESORI

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/018/2025 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBELIAN PERALATAN DAN PAKAIAN LATIHAN/ PERTANDINGAN ATLET SUKAN PARA PING PONG PROGRAM PELAPIS KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2025
TARIKH BUKA : 29 APRIL 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 6 MEI 2025 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Mohd Najib Hassan (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929948

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PEMBEKALAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ELEKTRIK BAGI TUJUAN PENYELENGGARAAN (IN-HOUSE) DI MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

020301 – Perkakas Elektrik Dan Aksesori
020302 – Perkakas Elektronik Dan Aksesori

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/019/2025 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBEKALAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ELEKTRIK BAGI TUJUAN PENYELENGGARAAN (IN-HOUSE) DI MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
TARIKH BUKA : 29 APRIL 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 6 MEI 2025 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

Majlis Sukan Negara Malaysia