Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT PENILAIAN SEMULA PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA (NFDP)

Mesyuarat Penilaian Semula Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) telah dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bersama Datuk Seri Windsor Paul John, Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada 18 November 2024.

Fokus utama mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan struktur sedia ada program NFDP serta menilai keberkesanan program terhadap ekosistem bola sepak Malaysia dan berkongsi pandangan dan amalan terbaik dari 48 negara di bawah naungan AFC.

Turut hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KUNJUNGAN HORMAT IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR

Majlis Sukan Negara (MSN) telah menerima kunjungan hormat daripada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur pada 20 November 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Pertemuan ini melibatkan kehadiran YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah MSN (Sektor Pengurusan), dan SAC Ravindar Singh A/L Sarban Singh, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK KL.

Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara MSN dan PDRM dalam aspek keselamatan serta pencegahan jenayah bagi memastikan kelancaran acara sukan dan keselamatan komuniti.

SESI UNDIAN SUKAN SEPAK TAKRAW KBS MASTERS GAMES 2024

BUKIT JALIL – Menjelang KBS Masters Games 2024, satu sesi undian sukan Sepak Takraw telah diadakan di MSN Bukit Jalil petang tadi.

Sesi undian yang dihadiri wakil-wakil dari 21 pasukan yang bertanding diadakan secara dalam talian dan dikendalikan oleh Ketua Delegat Teknikal dari Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) En. Yusoff Ali bersama seorang lagi wakil En. Zailan Namli serta En. Hafiszal Tukemin, Pegawai Penyelaras Sepak Takraw, MSN.

Ayuh!!! Ramai-ramai kita saksikan kehebatan pemain-pemain takraw “otai” berentap di KBS Masters Games 2024 pada 23 dan 24 November 2024 ini di Gelanggang Takraw Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Masuk adalah percuma.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN 14 UNIT LIFT SECARA ‘KOMPREHEHNSIF’ DI MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2 hingga G7, Kategori MEPengkhususan M03 berdaftar di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/027/2024 (SPK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN 14 UNIT LIFT SECARA ‘KOMPREHEHNSIF’ DI MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 19 NOVEMBER 2024 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 28 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA MENAIKTARAF LAMPU KAWASAN KEPADA SOLAR DI PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK KG. PANDAN, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor untuk Gred G1/G2, Kategori ME Pengkhususan E04 serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/024/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MENAIKTARAF LAMPU KAWASAN KEPADA SOLAR DI PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK KG. PANDAN, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 19 NOVEMBER 2024 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 28 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan (sekiranya ada). Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA MENAIKTARAF LAMPU KAWASAN KEPADA SOLAR DI KOMPLEKS MSN KUALA ROMPIN, PAHANG UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Negeri Pahang untuk Gred G1/G2, Kategori ME Pengkhususan E04 serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/025/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MENAIKTARAF LAMPU KAWASAN KEPADA SOLAR DI KOMPLEKS MSN KUALA ROMPIN, PAHANG UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 19 NOVEMBER 2024 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 28 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan (sekiranya ada). Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
CADANGAN KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MENUKARGANTI BARU SISTEM ‘UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY’ (UPS) DAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN TRANSFORMER DI VELODROM NASIONAL NILAI, NEGERI SEMBILAN UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Negeri Sembilan untuk Gred G1/G2, Kategori ME Pengkhususan E04 serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/026/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : CADANGAN KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MENUKARGANTI BARU SISTEM ‘UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY’ (UPS) DAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN TRANSFORMER DI VELODROM NASIONAL NILAI, NEGERI SEMBILAN UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 19 NOVEMBER 2024 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 28 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha (Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad (Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Pertembungan Malaysia-India bakal saji aksi menarik

INDIA dan Malaysia akan bertemu untuk kali ke-33 dalam perlawanan bola sepak antarabangsa di Stadium GMC Balayogi Gachibowli di Hyderabad pada Isnin.

Perlawanan persahabatan ini menambah satu lagi babak dalam persaingan bola sepak yang paling lama bertahan antara India dan Malaysia sejak pertembungan pertama pada tahun 1957.

Kedua-dua pasukan pertama kali bertemu dalam perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur, di mana India meraih kemenangan 3-0.

Sejak itu, mereka telah bertemu 32 kali, menjadikan Malaysia lawan yang paling kerap dihadapi oleh India.

India dan Malaysia masing-masing mencatatkan 12 kemenangan termasuk lapan perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

Pertemuan terbaharu India-Malaysia adalah dalam separuh akhir Kejohanan Pestabola Merdeka 2023, di mana skuad Harimau Malaya meraih kemenangan 4-2.

Walaupun perlawanan di Hyderabad sekadar aksi persahabatan, namun ia memberi signifikan kepada India dan Malaysia kerana kedua-dua pasukan melihatnya sebagai persediaan penting untuk Kelayakan Piala Asia yang akan bermula pada Mac tahun hadapan.

Walaupun Malaysia tidak dapat mengatasi India dalam ranking Persekutan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum undian kelayakan, perlawanan ini akan menguji kesiapsiagaan mereka menghadapi cabaran yang sukar.

India yang menduduki ranking ke-125 dan Malaysia yang berada di ranking ke-133, telah menunjukkan prestasi positif dalam perlawanan persahabatan sebelum ini.

Malaysia hadir di Hyderabad selepas kemenangan 3-1 ke atas Laos, manakala India baru-baru ini mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Vietnam.

Skuad India menyenaraikan sembilan pemain dari pertemuan mereka yang lalu dengan Malaysia, termasuk Gurpreet Singh Sandhu, Sandesh Jhingan dan Lallianzuala Chhangte.

Malaysia pula mengekalkan 14 pemain dari perlawanan tersebut, termasuk Dion Cools dan pemain sayap muda Arif Aiman Hanapi yang memainkan peranan penting dalam pasukan.

Kedua-dua pasukan kini dikendalikan oleh jurulatih dari Sepanyol.

Manolo Márquez dan Pau Martí Vicente membawa kepakaran taktikal dan saling mengenali antara satu sama lain berdasarkan pengalaman mereka di Sepanyol.

Márquez sebelum ini memuji pendekatan Pau Martí, sambil menyifatkan perlawanan di Hyderabad sebagai perlawanan yang sukar untuk kedua-dua pasukan.-Harian Metro

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Siti Zulaikha serlah potensi, juarai Siri Antarabangsa Malaysia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita muda negara, Siti Zulaikha Azmi merangkul gelaran pertamanya di peringkat senior selepas muncul juara Siri Antarabangsa Malaysia di Johor, hari ini.

Pemain berusia 18 tahun yang menduduki ranking ke-154 dunia itu cemerlang apabila menewaskan Lu Sheng Xuan dari China 21-13, 21-16 dalam tempoh 33 minit pada aksi final di Stadium Tertutup Educity, Iskandar Puteri.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kemenangan hari ini. Saya berjaya kekal fokus dan mengikut strategi yang dirancang,” kata Siti Zulaikha.

“Sheng Xuan pemain yang baik, jadi kemenangan ini sangat bermakna untuk saya.

Sebagai rekod, ia adalah gelaran antarabangsa pertama Siti Zulaikha di peringkat senior.

Pencapaian terbaiknya sebelum ini adalah muncul naib juara di Siri Antarabangsa Sri Lanka pada Februari lalu.

“Kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kejohanan akan datang. Ia bukan hanya hasil kerja keras saya, tetapi juga sokongan keluarga, jurulatih dan semua yang memberi sokongan pada saya.

“Kemenangan ini memberi saya keyakinan untuk terus melangkah ke tahap seterusnya dan memperbaiki lagi permainan saya.

“Saya rasa ini adalah permulaan untuk saya mencabar diri di peringkat yang lebih tinggi. Saya sedar masih banyak yang perlu diperbaiki, tetapi saya bersedia untuk menghadapi cabaran berkenaan dan berikan yang terbaik,” kata Siti Zulaikha. -Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Eain Yow juara Piala Skuasy Malaysia 2024

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow menampilkan salah satu permainan terbaiknya untuk merangkul gelaran juara Piala Skuasy Malaysia 2024, hari ini.

Pemain ranking 14 dunia itu meraih kejayaan berkenaan selepas menewaskan pilihan utama dari Mesir, Youssef Soliman dengan keputusan 11-7, 11-7, 11-7 dalam tempoh 50 minit.

Kejayaan Eain Yow mengalahkan pemain di ranking 11 dunia itu bukan saja berjaya membalas dendam kekalahannya kepada Soliman pada edisi 2022 dan 2023, tetapi turut mengubati duka peminat tempatan selepas pemain wanita skuasy utama negara, S Sivasangari tumbang di pentas final pada aksi lebih awal.

Selain mengambah gelaran miliknya tahun ini selepas turut menjuarai Terbuka Jerman pada April, kemenangan menyaksikan Eain Yow membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$9,025 (RM40,344) manakala Soliman meraih AS$5,700 (RM25,480).

“Permainan saya benar-benar baik hari ini. Sekalipun semalam saya berkata saya yakin, saya tidak menjangka untuk menampilkan prestasi sebaik ini dan ini mungking salah satu permainan terbaik saya, lebih baik daripada final Piala Asia 2022” kata Eain Yow.

“Kebiasaannya saya bermain dengan penuh emosi, saya akan menjerit tetapi hari ini saya amat fokus dan hanya melakukan sambutan sehingga perlawanan berakhir.

“Saya tahu apa yang saya perlu melakukan ketika bertemu pemain-pemain terbaik dunia kerana mereka tidak pernah menyerah kalah. Saya gembira untuk kekal fokus dan memenangi perlawanan dengan straight set.”

Terdahulu, Malaysia terlepas kejuaraan berganda selepas Sivasangari tewas kepada sensasi Mesir yang baru berusia 17 tahun, Amina Orfi dalam permainan lima set, hari ini.

Sivasangari yang juga pemain kesembilan dunia terpaksa akur dengan kehebatan Amina yang mengisi ranking 10 dunia dengan kekalahan 8-11, 11-9, 12-10, 8-11, 11-6 pada perlawanan yang berlangsung selama 88 minit.-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia