Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia

Majlis Sukan Negara Malaysia

Skip to content
Majlis Sukan Negara Malaysia
  • Follow Us:
Call: +03-89929600
Majlis Sukan Negara Malaysia

Majlis Sukan Negara Malaysia

  • Laman Utama
  • Info Korporat
    • Maklumat Am
      • Sejarah
      • Visi Dan Misi
      • Objektif
      • Logo Dan Rasional
      • Pelan Strategik MSN 2030
      • Laporan Tahunan MSN
      • Anugerah Sukan Negara
        • Latar Belakang ASN
        • Peraturan
        • Kategori
    • Lembaga Pengurusan
    • Senarai Menteri
    • Senarai Ketua Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
    • Direktori
  • Program MSN
    • Program Atlet
    • Program Bakat Dan Pelapis
    • Program Para
    • Program NFDP
    • Program NRDP
    • Program NHDP
    • Program NNDP
    • Program JCM
    • Wanita Dalam Sukan
  • Temasya
    • Sukan Olimpik
    • Sukan Asia
    • Sukan Komanwel
    • Sukan SEA
    • Sukan Paralimpik
    • Sukan Para Asia
    • Sukan Para Asean
    • Sukan Malaysia (SUKMA)
    • Sukan Para SUKMA
  • Perkhidmatan
    • MACE
    • Venue MSN
    • Majlis Sukan Negeri
  • Follow Us:
Call: +03-89929600
Majlis Sukan Negara Malaysia

Majlis Sukan Negara Malaysia

  • Laman Utama
  • Info Korporat
    • Maklumat Am
      • Sejarah
      • Visi Dan Misi
      • Objektif
      • Logo Dan Rasional
      • Pelan Strategik MSN 2030
      • Laporan Tahunan MSN
      • Anugerah Sukan Negara
        • Latar Belakang ASN
        • Peraturan
        • Kategori
    • Lembaga Pengurusan
    • Senarai Menteri
    • Senarai Ketua Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
    • Direktori
  • Program MSN
    • Program Atlet
    • Program Bakat Dan Pelapis
    • Program Para
    • Program NFDP
    • Program NRDP
    • Program NHDP
    • Program NNDP
    • Program JCM
    • Wanita Dalam Sukan
  • Temasya
    • Sukan Olimpik
    • Sukan Asia
    • Sukan Komanwel
    • Sukan SEA
    • Sukan Paralimpik
    • Sukan Para Asia
    • Sukan Para Asean
    • Sukan Malaysia (SUKMA)
    • Sukan Para SUKMA
  • Perkhidmatan
    • MACE
    • Venue MSN
    • Majlis Sukan Negeri

KBS bentang kajian impak Sukan Sea 2027 sebelum Paris 2024

  • Home
  • KBS bentang kajian impak Sukan Sea 2027 sebelum Paris 2024
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
  • admin admin
  • Jun, Sun, 2024
  • Berita , RTG2024
KBS bentang kajian impak Sukan Sea 2027 sebelum Paris 2024

Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal membentangkan kajian impak penganjuran Sukan Sea 2027 kepada Kabinet sebelum temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris bermula 26 Julai ini.

Menterinya Hannah Yeoh berkata sesi pembentangan itu juga akan melibatkan penerangan mengenai impak kewangan serta sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan termasuk syarikat korporat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Khamis lalu.

“Kami sedang menyediakan untuk Kabinet kajian itu sekarang berdasarkan libat urus dengan pihak berkepentingan dan penganjuran Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur sebelum ini. Saya tidak tahu minggu yang tepat tetapi pastinya sebelum Sukan Olimpik 2024.

“Sesi pemegang taruh pula hanya ada satu sesi sahaja dan respons daripada sesi berkenaan tempoh hari adalah positif,” katanya kepada Bernama selepas melepaskan peserta POWERMAN Malaysia 2024 di sini, hari ini.

Sebelum ini Hannah berkata beliau menjangkakan perbelanjaan untuk menganjurkan Sukan Sea 2027 memakan kos melebihi RM700 juta.

Mesyuarat Ahli Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Mei 2022, sebulat suara bersetuju memberikan hak penganjuran Sukan Sea 2027 kepada Malaysia berikutan penarikan diri Brunei, manakala Thailand dan Singapura masing-masing diberi kebenaran menganjurkan temasya itu pada 2025 dan 2029.

Sukan Sea 2027 bakal menjadi kali ketujuh Malaysia menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu, selepas menjadi penganjur pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

Sementara itu, POWERMAN Malaysia 2024, yang dianggap sebagai acara larian-berbasikal-larian (run-bike-run) duathlon terbesar dunia, menarik penyertaan lebih 3,000 peserta bermula umur 6 hingga 78 tahun dari 32 negara.-Harian Metro

Berita Lagi
  • KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
  • KUNJUNG HORMAT EXCO BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR KE MSN
  • PENYEWAAN KIOSK DI MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
  • LANTIKAN KONSULTAN BAGI PERKHIDMATAN PENGURUSAN KONVOI ASEAN LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2025
  • PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PERALATAN DAPUR DI AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG
Arkib
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • January 2023
  • December 2022

Informasi MSN

Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur

TEL : - 03-89929600

lokasi
SISPABorang Maklumbalas
Madani

Kemaskini Terakhir Laman Ini pada : 26 Mei 2025

A Decrease font size. A Reset font size. A Increase font size.

Pautan
  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Ketua Setiausaha Negara Malaysia
  • Kementerian Belia & Sukan
  • Institut Sukan Negara
  • Pesuruhjaya Sukan Malaysia
  • Perbadanan Stadium Malaysia
  • Adamas
  • Majlis Olimpik Malaysia
  • Majlis Paralimpik Malaysia
  • Yakeb
  • PETRONAS Le Tour de Langkawi
Capaian Pantas
  • Hrmis
  • Email MSN
  • Intranet MSN
  • Sistem Pendaftaran Syarikat
  • MyHRMIS Mobile
  • Pendaftaran Pekerjaan Atlet Yang Bakal Bersara
Rakan Penaja
alliance
100plus
bubbles

Pelawat

1 0 9 0 8 9
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Data perlindungan Akta Peribadi
  • Penafian
Hak Cipta © 2025 Majlis Sukan Negara Malaysia | Powered by Cawangan Pengurusan Maklumat MSN