Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia

Majlis Sukan Negara Malaysia

Skip to content
Majlis Sukan Negara Malaysia
  • Follow Us:
Call: +03-89929600
Majlis Sukan Negara Malaysia

Majlis Sukan Negara Malaysia

  • Laman Utama
  • Info Korporat
    • Maklumat Am
      • Sejarah
      • Visi Dan Misi
      • Objektif
      • Logo Dan Rasional
      • Pelan Strategik MSN 2030
      • Laporan Tahunan MSN
      • Anugerah Sukan Negara
        • Latar Belakang ASN
        • Peraturan
        • Kategori
    • Lembaga Pengurusan
    • Senarai Menteri
    • Senarai Ketua Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
    • Direktori
  • Program MSN
    • Program Atlet
    • Program Bakat Dan Pelapis
    • Program Para
    • Program NFDP
    • Program NRDP
    • Program NHDP
    • Program NNDP
    • Program JCM
    • Wanita Dalam Sukan
  • Temasya
    • Sukan Olimpik
    • Sukan Asia
    • Sukan Komanwel
    • Sukan SEA
    • Sukan Paralimpik
    • Sukan Para Asia
    • Sukan Para Asean
    • Sukan Malaysia (SUKMA)
    • Sukan Para SUKMA
  • Perkhidmatan
    • MACE
    • Venue MSN
    • Majlis Sukan Negeri
  • Follow Us:
Call: +03-89929600
Majlis Sukan Negara Malaysia

Majlis Sukan Negara Malaysia

  • Laman Utama
  • Info Korporat
    • Maklumat Am
      • Sejarah
      • Visi Dan Misi
      • Objektif
      • Logo Dan Rasional
      • Pelan Strategik MSN 2030
      • Laporan Tahunan MSN
      • Anugerah Sukan Negara
        • Latar Belakang ASN
        • Peraturan
        • Kategori
    • Lembaga Pengurusan
    • Senarai Menteri
    • Senarai Ketua Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
    • Direktori
  • Program MSN
    • Program Atlet
    • Program Bakat Dan Pelapis
    • Program Para
    • Program NFDP
    • Program NRDP
    • Program NHDP
    • Program NNDP
    • Program JCM
    • Wanita Dalam Sukan
  • Temasya
    • Sukan Olimpik
    • Sukan Asia
    • Sukan Komanwel
    • Sukan SEA
    • Sukan Paralimpik
    • Sukan Para Asia
    • Sukan Para Asean
    • Sukan Malaysia (SUKMA)
    • Sukan Para SUKMA
  • Perkhidmatan
    • MACE
    • Venue MSN
    • Majlis Sukan Negeri

Nurul Izzah sasar lebur rekod kebangsaan di Hong Kong

  • Home
  • Nurul Izzah sasar lebur rekod kebangsaan di Hong Kong
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
  • admin admin
  • Feb, Wed, 2024
  • Berita
Nurul Izzah sasar lebur rekod kebangsaan di Hong Kong

NILAI: Selepas berjaya membolot dua pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 baru-baru ini, bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri kini menanam misi memperbaharui rekod kebangsaan di Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara (UCI) Hong Kong bulan depan.

Jaguh dalam pembikinan itu berkata kejayaannya baru-baru ini telah menjadi tonik tambahan buatnya melebur rekod yang dimilikinya bagi acara ujian masa 200 meter (m) dan pecut berpasukan yang masing-masing merupakan rekod diciptanya tahun lepas.

“Mengenai UCI Hong Kong, saya sasar untuk acara ujian masa 200m, pecut berpasukan saya boleh perbaiki lagi, mungkin pecahkan rekod kebangsaan.

“Untuk naik podium boleh, tapi agak susah sikit sebab saya pun masih di top 20, saya akan cuba yang terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita di Velodrom Nasional Nilai di sini hari ini.

Pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi baru-baru ini, Nurul Izzah Izzati yang diberi julukan “The Pocket Rocket Woman” mencipta sensasi apabila muncul juara acara keirin dan acara ujian masa 500m wanita.

Pada kejohanan yang sama, beliau juga berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi tiga acara melibatkan ujian masa 200m (10.903 saat), ujian masa 500m (34.226s) dan pecut berpasukan 750m (49.025s).

Pelumba kelahiran Kedah itu berharap beliau dimasukkan ke dalam Program Road to Gold (RTG) bagi Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dalam usaha merebut tiket ke temasya sukan berprestij itu empat tahun akan datang.

Menurut Nurul Izzah Izzati beliau telah mula mempersiapkan diri untuk ke temasya berprestij itu sejak berakhirnya Sukan Asia Hangzhou 2022 pada September lepas.

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati berkata beliau tekad meningkatkan kepantasannya setanding dengan kelajuan pelumba berkelas dunia untuk memastikan mampu memberi saingan sengit terhadap pelumba negara lain.

“Banyak saya perlu kerja keras untuk perbaiki masa setanding level dunia, dan saiz juga saya perlu besarkan sikit, naikkan otot, berat badan saya okey, naik dari sebelum saya datang Majlis Sukan Negara, tetapi perlu naikkan otot lagi,” katanya. – BERNAMA

Berita Lagi
  • Isu kontrak Pearly-Thinaah tak ganggu fokus Rosman
  • Sejarah tercipta, beregu lelaki negara duduki ranking pertama, kedua dunia
  • Jonassen, barisan kejurulatihan sedia bantu Tze Yong
  • KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KEBOCORAN TANDAS DI BANGUNAN ASRAMA PELATIH DAN KOLAM RENANG SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG
  • KERJA-KERJA PEMBAIKAN BUMBUNG KACA DAN SALURAN AIR HUJAN JENIS KONKRIT (GUTTER) SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG
Arkib
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • January 2023
  • December 2022

Informasi MSN

Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur

TEL : - 03-89929600

lokasi
SISPABorang Maklumbalas
Madani

Kemaskini Terakhir Laman Ini pada : 10 Jun 2025

A Decrease font size. A Reset font size. A Increase font size.

Pautan
  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Ketua Setiausaha Negara Malaysia
  • Kementerian Belia & Sukan
  • Institut Sukan Negara
  • Pesuruhjaya Sukan Malaysia
  • Perbadanan Stadium Malaysia
  • Adamas
  • Majlis Olimpik Malaysia
  • Majlis Paralimpik Malaysia
  • Yakeb
  • PETRONAS Le Tour de Langkawi
Capaian Pantas
  • Hrmis
  • Email MSN
  • Intranet MSN
  • Sistem Pendaftaran Syarikat
  • MyHRMIS Mobile
  • Pendaftaran Pekerjaan Atlet Yang Bakal Bersara
Rakan Penaja
alliance
100plus
bubbles

Pelawat

1 0 9 5 7 4
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Data perlindungan Akta Peribadi
  • Penafian
Hak Cipta © 2025 Majlis Sukan Negara Malaysia | Powered by Cawangan Pengurusan Maklumat MSN