Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives December 3, 2023

PENCAPAIAN SETAHUN KBS

KBS di bawah pimpinan YB Hannah Yeoh dan YB Adam Adli selaku Menteri dan Timbalan Menteri bersama-sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS sentiasa komited dalam membawa pembaharuan demi memperkasakan belia dan sukan serta pemegang taruh kementerian.

Inisiatif Merakyatkan Sukan & Fasiliti, Memperkukuhkan Ekosistem Sukan dan Memperkasakan Belia MADANI merupakan tiga inisiatif yang telah dilaksakan dalam tempoh setahun.

AMD JUARA LIGA PIALA MENTERI PENDIDIKAN BAWAH 14 TAHUN 2023

Pasukan Bola Sepak Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) muncul juara Liga Piala Menteri Pendidikan Bawah 14 tahun selepas berjaya menewaskan pasukan dari SMK Taman Desa Skudai yang di wakili Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) bawah 14 tahun dengan jaringan 3-2.

Pemain AMD, Muhammad Iman Danish bin Mohd Shukor muncul wira AMD selepas menjaringkan 3 gol pada minit ke 45, 51 dan 54 separuh masa kedua selepas AMD terdahulu ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. Kedudukan 2-3 tersebut kekal sehingga wisel penamat.

Tambah manis lagi, pemain AMD, Mohamad Iman Irfan Muhammad Hapis dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan Adrian Muslim Sufian pula dinobatkan Penjaga Gol Terbaik pada perlawanan yang sama.

Selain itu juga, dua orang pemain AMD mendapat anugerah Penjaring Terbanyak Liga Premier Bawah 17 dan 14 iaitu Muhammad Syaifullah Mahruzi dan Izzudin Afif Nazaruddin.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Fadhlina Sidek yang turut hadir bersama-sama menyaksikan perlawanan akhir tersebut di Stadium Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor.

Empat emas di Paralimpik Paris 2024 realistik – Megat Shahriman

Kuala Lumpur: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) kekal menaruh harapan untuk melihat kontinjen negara menuai empat pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Presidennya Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata empat emas bukanlah sasaran rasmi tetapi matlamat yang ditetapkan untuk bekerja keras bagi mencapai harapan itu.

Tanpa memaklumkan sukan yang menjadi sandaran, Megat berkata empat emas adalah jumlah yang realistik berdasarkan persembahan barisan atlet sepanjang tahun ini antaranya pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022, Oktober lepas dan di Kejohanan Dunia.

“Empat emas adalah objektif yang kami tengok realistik untuk kami capai, kami nak kumpulkan 10 pingat emas daripada Sukan Paralimpik (selepas pencapaian tiga emas masing-masing di Rio 2016 dan Tokyo 2020).

“Empat emas bukan sasaran rasmi tetapi itulah sasaran yang kami buat hasil penelitian dari awal tahun ini sehingga sekarang dan ia sangat penting untuk kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Wang Tajaan Pemenang Pingat Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Megat tidak melihat jumlah empat emas sebagai satu tekanan kepada kontinjen negara tatkala negara lain berani meletakkan sasaran emas jauh lebih tinggi.

Terdahulu, pada majlis diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan di sini yang bersempena Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Antarabangsa 2023 itu, barisan pemenang pingat pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou menerima insentif berupa wang tunai.

Insentif yang diberikan itu menyaksikan pemenang pingat emas menerima RM2,000, pingat perak (RM1,000) dan gangsa RM500.

Kontinjen Malaysia membawa pulang keseluruhan 39 pingat sekali gus mengatasi sasaran 35 pingat, dengan pecahan tujuh emas, 15 perak dan 17 gangsa pada temasya sukan empat tahun sekali itu.-Harian Metro

Empat emas Paralimpik Paris 2024 realistik

KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) kekal menaruh harapan untuk melihat kontinjen negara menuai empat pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, empat emas bukanlah sasaran rasmi tetapi matlamat yang ditetapkan untuk bekerja keras bagi mencapai harapan itu.

Tanpa memaklumkan sukan yang menjadi sandaran, Megat berkata empat emas adalah jumlah yang realistik berdasarkan persembahan barisan atlet sepanjang tahun ini antaranya pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022, Oktober lepas dan di Kejohanan Dunia.

“Empat emas adalah objektif yang kami tengok realistik untuk kami capai, kami nak kumpulkan 10 pingat emas daripada Sukan Paralimpik (selepas pencapaian tiga emas masing-masing di Rio 2016 dan Tokyo 2020).

“Empat emas bukan sasaran rasmi tetapi itulah sasaran yang kami buat hasil penelitian dari awal tahun ini sehingga sekarang dan ia sangat penting untuk kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Wang Tajaan Pemenang Pingat Sukan Para Asia Hangzhou 2022, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Megat tidak melihat jumlah empat emas sebagai satu tekanan kepada kontinjen negara tatkala negara lain berani meletakkan sasaran emas jauh lebih tinggi.

Terdahulu, pada majlis diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan, di sini, bersempena Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Antarabangsa 2023 itu, barisan pemenang pingat pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou menerima insentif berupa wang tunai.

Insentif yang diberikan itu menyaksikan pemenang pingat emas menerima RM2,000, pingat perak (RM1,000) dan gangsa RM500.

Kontinjen Malaysia membawa pulang keseluruhan 39 pingat sekali gus mengatasi sasaran 35 pingat, dengan pecahan tujuh emas, 15 perak dan 17 gangsa pada temasya sukan empat tahun sekali itu. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia