CADANGAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH PERMUKAAN LANTAI SEDIADA KEPADA PEMASANGAN JUBIN BARU (HOMOGENOUS TILE) TERMASUK KERJA CAT DINDING DI PUSAT LATIHAN PING PONG BANGUNAN GIMNASIUM 3, MSN BUKIT JALIL UNTUK MSNM

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk Gred G1 dan Kategori CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) WP Kuala Lumpur dan pendaftarannya masih berkuatkuasa.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri  atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan)                        : 03-89929066

En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal)                               : 03-89929837