[BAGI PIHAK SEKRETARIAT MALAYSIA SEA GAMES ORGANISING COMMITTEE (MASOC 2027)]

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam kod bidang berkaitan untuk menyertai RFP berikut:

- Pembida yang ingin menyertai pelawaan ini hendaklah berdaftar dengan syarat yang tersebut di atas.
- Hanya penama yang terdapat dalam sijil pendaftaran MOF seperti dalam syarat penyertaan pelawaan sahaja dibenarkan untuk menghadiri taklimat.
- Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan dan urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos atau Kurier.
- Kerajaan tidak terikat untuk melantik mana-mana syarikat berdasarkan cadangan Request for Proposal (RFP) yang dikemukakan oleh Pembida.
- Kerajaan juga tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.
- Pihak Kerajaan boleh mengadakan rundingan dengan pihak syarikat sebelum tawaran dibuat.
- Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan “CADANGAN TEKNIKAL RFP SPONSORSHIP CANVASSER SUKAN SEA 2027” dan “CADANGAN KEWANGAN RFP SPONSORSHIP CANVASSER SUKAN SEA 2027” di penjuru kanan sampul dan dialamatkan kepada:

Bahagian Kewangan: Redzuanida (03-8992 9987) atau
email kepada sarah.masoc@kbs.gov.my

