Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1: Kategori B Pengkhususan – Pembinaan Bangunan Kod B04 (kerja am bangunan) Kategori CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 (kerja-kerja am kejuruteraan awam); dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah tempohnya .
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/026/2025 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA MENAIKTARAF PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI GIMNASIUM 1, MSN
TARIKH BUKA : 20 OGOS 2025 (RABU)
TARIKH TAKLIMAT : 25 OGOS 2025 (ISNIN) / 11.00 PAGI
BANGUNAN GIMNASIUM 1, MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
TARIKH TUTUP : 2 SEPTEMBER 2025 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAH HARI
Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran).
Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima. Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urus setia Perolehan ) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh (Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837