Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANG KEPADA KONTINJEN PEKAK MALAYSIA KE SUKAN SEA PEKAK 2025

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara yang akan beraksi pada Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak 2025 yang akan berlangsung 20 hingga 26 Ogos 2025 di Jakarta, Indonesia.

Pada majlis tersebut, YB Hannah Yeoh menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen, Sarkunan A/L Balakrisnan dan pembawa Jalur Gemilang, atlet lompat jauh dan juga lompat kijang negara, Zaiman Megat Abu.

Kontinjen Malaysia diwakili 53 atlet dan 27 pegawai dan akan menyertai kesemua enam acara sukan yang dipertandingkan pada edisi ke-2 itu iaitu Futsal, Olahraga, Badminton, Tenpin Boling, Catur dan Ping Pong.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Presiden MSDeaf, (Dr.) Ong Shinn Ruenn dan Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Sukan MSN, En. Mohd Sofian Hamzah.