LAWATAN KERJA KOMPLEKS SUKAN BUKIT MERBAU SERTA KUNJUNGAN HORMAT YBHG. DATO’ KSU KBS BERTEMU YBM TENGKU KAYA PERKASA DATO’ DR. TENGKU MOHAMED FAZIHARUDEAN BIN TENGKU FEISSAL, SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN
YBhg. Dato’ Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Sukan Bukit Merbau bagi meninjau kemajuan pembangunan infrastruktur gelanggang-gelanggang SUKMA 2028 di Kelantan.
SESI TOWNHALL KETUA PENGARAH MSN BERSAMA JURULATIH
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin hari ini mengadakan sesi townhall bersama jurulatih bagi program podium, pelapis kebangsaan, para podium dan para pelapis kebangsaan.
Program sembang santai bersama pengamal sukan, jurulatih sukan, atlet dan bekas atlet negara untuk mencungkil kisah dan pengalaman yang belum pihak media war-warkan serta penglibatan awal serta harapan masa hadapan