YB DATO' SERI AHMAD FAIZAL LAWAT PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT KAMPUNG KESANG TUA

KUALA LUMPUR, 15 NOV – Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu telah mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Angkat Berat Kampung Kesang Tua, venue dimana telah membantu atlet Filipina, Hidilyn Diaz memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 Julai lalu.

 
Dalam lawatan tersebut, Dato’ Seri Ahmad Faizal mengiktiraf sumbangan pusat latihan di Kampung Kesang Tua itu dan akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi membolehkan pusat latihan tersebut dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat khususnya di Negeri Melaka.
 
Walau bagaimanpun, pusat latihan itu adalah menjadi milik persendirian. Jadi sudah tentu beberapa prosedur perlu terlebih dahulu dimuktamadkan.
 
Hidilyn Diaz kini berada di Melaka sehingga 20 November 2021 untuk mengucapkan terima kasih kepada pemilik pusat latihan dan masyarakat setempat yang menyediakan tempat untuk berlatih sekaligus membantunya meraih kejayaan menggondol pingat emas pertama buat Filipina pada temasya Olimpik Tokyo yang lalu.
 
Kejayaan Hidilyn juga menjadi inspirasi enam atlet remaja berusia antara 12 hingga 20 tahun dimana mereka turut menjalani latihan ditempat sama. Mereka adalah Atikah Mohamad Sobri, Ahmad Fadhil Ahmad Janius, Nur Batrisya Yaakop, Muhammad Daniel Yaakop, Muhammad Izzul Hakimi dan Nurul Syasya Khairina Samsur.
 
Hidilyn juga turut menjadikan Atikah Mohamad Sobri sebagai “protégé” beliau dimana Atikah akan menjalani latihan 3 bulan di Filipina yang akan ditanggung sepenuhnya oleh Hidilyn.
 
Atikah merupakan pemenang pingat emas kategori 58 kilogram di Sukan Remaja Komanwel 2015 di Apia, Samoa.
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status