WEI LUN BERI KEJUTAN HADIAH PINGAT PERAK BUAT KONTINJEN MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 1 SEPTEMBER – Chew Wei Lun menceriakan Kontinjen Malaysia dengan menghadiahkan pingat perak acara individu campuran (BC1) di Sukan Paralimpik Tokyo.

 

Pada aksi final hari ini, Wei Lun mendahului 2-0 pada awal permainan sebelum tewas 2-4 di tangan wakil Great Britain, David Smith yang juga pemenang emas di Rio 2016.

 

Beliau yang membuat penampilan sulung di temasya berprestij dunia itu mengakui tidak menyangka berjaya membawa pulang pingat perak.

 

“Sebenarnya datang (ke Tokyo) nak promosi sukan Boccia, tapi tak sangka boleh masuk final dan dapat pingat. Perasaan saya (ketika aksi final) hanya mahu buat yang terbaik sahaja,” katanya.

 

Atlet berusia 26 tahun dari Johor itu juga, gah dengan mencatat rekod bersih tanpa kalah sebanyak enam perlawanan termasuk empat di peringkat kumpulan B, sebelum disekat kemaraannya oleh David hari ini pada perlawanan akhir.

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status