UNTUKMU MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 8 OGOS – Jaguh berbasikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat perak buat Malaysia selepas menduduki tempat kedua perlumbaan final acara keirin di Velodrom Izu pad Sukan Olimpik Tokyo 2020.

 

Pelumba Great Britain, Jason Kenny mempertahankan pingat emas dimenanginya di Olimpik Rio 2016 manakala Harie Lavreysen (Belanda) meraih gangsa.

 

Pingat perak yang diraihnya itu merupakan pingat kedua Malaysia selepas pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbang pingat gangsa dalam acara beregu lelaki badminton.

 

Terdahulu seorang lagi pelumba Malaysia Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak berjaya mara ke peringkat separuh akhir selepas menduduki tempat terakhir dalam Saringan Dua di peringkat suku akhir.

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status