TUN M MERIAHKAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

Dihantar pada : 13 Okt 2018 | Berita

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2018: Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan Hari Sukan Negara 2018 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat terjunan ‘Flying Fox’ membawa bendera rasmi Hari Sukan Negara untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

Perdana Menteri kemudian menyerahkan kepada ratu boling negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi sebagai simbolik perasmian Hari Sukan Negara.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Kira-kira 25,000 peminat sukan tanah air hadir memeriahkan sambutan kali ini.

E-sukan buat julung kalinya terlibat secara rasmi dalam HSN edisi ketiga seperti Mobile Legends, Pro Evolution Soccer, FIFA 19, Arena of Valor, Counter-Strike dan Dota 2.