PM MAHU TEAM MAS BERJUANG SEPENUH JIWA DAN RAGA

Dihantar pada : 11 Ogo 2017 | Berita

KUALA LUMPUR, 11 Ogoos 2017 – Kontinjen negara hari ini menerima Jalur Gemilang daripada Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, sebagai simbol kesediaan merangkul kejuaraan keseluruhan di temasya Sukan SEA ke-29, bermula 19 Ogos ini.

Diketuai Ketua Kontinjen, Datuk Marina Chin yang juga Olahragawati Kebangsaan 1976 dan 1977, hampir 700 atlet berikrar mencatat pungutan pingat emas tertinggi sebagai hadiah terbaik meraikan ulang tahun kemerdekaan tanah air ke-60, sehari selepas upacara penutup pada 30 Ogos.

Sambil disaksikan Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, Najib menyerahkan Jalur Gemilang kepada Al-Jufferi Jamari, pesilat yang juga Olahragawan Kebangsaan 2015 yang terpilih bersama pelumba basikal, Azizulhasni Awang dan pakar terjun, Cheong Jun Hoong, sebagai pembawa bendera kontinjen negara pada upacara pembukaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Ikrar Team MAS dibaca oleh jaguh lempar cakera, Irfan Shamshuddin, yang memburu peluang mempertahankan emas acaranya yang dimenangi di Myanmar 2013 dan Singapura 2015.

Team MAS akan diwakili oleh 874 atlet dan 394 pegawai untuk bertanding dalam 38 jenis sukan.

Seramai 700 atlet hadir pada perhimpunan akhir kontinjen negara di Hotel Renaissance yang juga perkampungan sukan sepanjang temasya.

Kuala Lumpur 2017 adalah kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah temasya dwitahunan ini, menyusul selepas 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.

Hanya pada 2001 Malaysia memecah monopoli gergasi lain seperti Thailand dan Indonesia dengan memenangi 111 pingat emas untuk muncul juara keseluruhan.

Berucap pada majlis tersebut, Perdana Menteri memaklumkan temasya Sukan SEA kali ini mengingatkan dirinya pada edisi 1989.

“Ketika itu saya adalah Menteri Belia dan Sukan, Malaysia menjadi tuan rumah dan kita berjaya merangkul 200 pingat keseluruhan dengan mengutip 67 emas, 58 perak, 75 gangsa.

“Atlet yang bersaing ketika itu berjuang sepenuh jiwa dan raga demi negara tercinta. Jadi untuk Sukan SEA kali ini di laman sendiri saya mahu semua atlet turut mempunyai jati diri dan keyakinan tinggi memastikan juara keseluruhan menjadi milik Malaysia.

Perdana Menteri juga mahukan atlet menikmati momen-momen emas apabila dinobatkan sebagai juara dan dikalungkan pingat emas.

“Apabila anda dikalungkan pingat emas dan lagu Negaraku berkumandang, ia adalah kenangan yang manis dan akan diingati hingga akhir hayat.

“Saya bersama bersama 30 juta rakyat Malaysia menyokong dan mendoakan anda semua untuk melakar kejayaan,” katanya, disambut tepukan gemuruh Team MAS.