PENSTRUKTURAN SEMULA PROGRAM LATIHAN ATLET 2019

Dihantar pada : 08 Nov 2018 | Berita

KUALA LUMPUR, 8 November 2018 – Satu taklimat mengenai penstrukturan semula program latihan atlet bagi tahun 2019 telah diadakan di Auditorium 1, Majlis Sukan Negara.

Taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Atlet, Jefri Ngadirin itu disertai Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Seri Norza Zakaria bersama Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nizifuddin Najib dan juga wakil dari persatuan sukan kebangsaan.

Taklimat itu memberi penekanan mengenai perincian program latihan mengikut keutamaan temaysa sukan iaitu Sukan Olimpik / Paralimpik, Sukan Sukan Asia / Para Asia, Komanwel Birmingham dan Sukan SEA.

Dalam pada itu, satu bengkel khas akan diadakan pada 13 dan 14 November ini untuk memperincikan penstrukturan semula program latihan atlet kebangsaan.