PENERANGAN PROGRAM LATIHAN ATLET KITA JUARA DAN PELAPIS

Dihantar pada : 28 Nov 2018 | Berita

KUALA LUMPUR, 28 November 2018 – Seramai 222 atlet Kita Juara dan Pelapis hadir pada sesi perjumpaan yang diadakan di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara.

Sesi perjumpaan yang turut disertai jurulatih itu, disampaikan Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara, Jefri Ngadirin.

Perjumpaan ini memfokuskan penerangan struktur program latihan terkini selaras dengan pengstrukturan semula program latihan atlet.

Selain itu, atlet dan jurulatih turut diberi penerangan mengenai kontrak baru yang akan ditawarkan menjelang tahun baru 2019.