PEMAIN SKUASY REMAJA BOLOT 4 GELARAN DI TERBUKA BRITISH

Dihantar pada : 08 Jan 2018 | Berita

KUALA LUMPUR, 8 Januari 2018 – Pemain skuasy remaja mencipta kejutan apabila meraih 4 gelaran di Terbuka Remaja British 2018.

K.Sehveetrraa yang membuat penampilan sulung memulakan aksi cemerlang kem negara dengan mendominasi kategori bawah 12 tahun selepas menewaskan pemain Mesir, Fayrouz Abouelkheir 11-7, 11-9, 11-9.

Aira Azman meneruskan rentak kemenangan dengan meraih gelaran juara bawah 15 tahun  pegawai perlawanan membatalkan aksi pemain Mesir, Sana Ibrahim pada set kelima, diikuti kakaknya, Aifa Azman yang menewaskan pilihan utama dari Amerika Syarikat, Amrina Stefani untuk menguasai kategori bawah 17 tahun.
 
S.Sivasangari melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia dengan muncul juara kategori bawah 19 tahun selepas menumpaskan pemain Jepun, Satomi Watanabe 12-10, 11-7, 11-9.