ATLET NEGARA SERTAI PROGRAM AMAL CSR BERSAMA MAHB

Dihantar pada : 31 Okt 2018 | Berita

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2018 – 30 Oktober lalu, 5 atlet negara telah menjayakan Program Amal CSR bersama Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) di Wad Pedriatrik Hospital Banting.

5 atlet terbabit ialah Wafiq Mohd Zin, Izzuddin Muhd Shafri dan Haritz Iklil Hessly Hafiz dari sukan menembak.

Turut menjayakan program tersebut, dua atlet paralimpik, Hasihin Sanawi dan Zafwan Rahimi Abd Rahim dari sukan memanah kerusi roda.