ATLET NEGARA MERIAHKAN PROGRAM BUBUR LAMBUK #STADIUMKITA

Dihantar pada : 31 Mei 2018 | Berita

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2018 – Atlet negara tidak ketinggalan memeriahkan Program Bubur Lambuk #STADIUMKITA anjuran Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang diadakan di perkarangan Bandar Sukan Kuala Lumpur berdekatan Stesen LRT Bukit Jalil pada Rabu.

Antara atlet yang hadir termasuklah atlet berbasikal, olahraga, memanah dan menembak.

Program kerjasama antara PSM dan Merci Chefs Malaysia itu merupakan penganjuran kali pertama PSM dan bakal dijadikan program tahunan.

Selain itu, beberapa atlet negara turut terlibat antaranya Presiden Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) , Datuk Malek Noor dan  Noraseela Khalid.

Pada program tersebut, dianggarkan sebanyak 800 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai.