ATLET NEGARA DUTA My100, My50

Dihantar pada : 01 Dis 2018 | Berita

KUALA LUMPUR, 1 Disember 2018 – 10 atlet negara terpilih menjadi duta pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 yang dilancarkan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad di KL Sentral.

10 atlet tersebut adalah Datuk Nicol David (skuasy), Cheong Jun Hoong (terjun), Syaidatul Afifah Badrul Hamidi (tenpin boling), Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (olahraga para), Goh Liu Ying (badminton beregu campuran), Leong Mun Yee (terjun), Syakilla Salni Jefry (karate), Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik), Weslon Sim (renang) dan Julian Yee Zhi Jie (luncur ais).

Pengenalan pas perjalanan tanpa had yang akan bermula 1 Januari 2019 merupakan satu inisiatif kerajaan ke arah mengalakkan budaya sistem transaksi tanpa wang (cashless society).

Hadir sama pada majlis perasmian tersebut, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; timbalannya, Datuk Kamarudin Jaffar serta Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi.