TINJAUAN PERSIAPAN ATLET OLAHRAGA DAN PARA OLAHRAGA KE SUKAN OLIMPIK DAN SUKAN PARALIMPIK TOKYO 2020
KUALA LUMPUR, 9 JULAI -YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan mengadakan tinjauan persediaan dan persiapan atlet olahraga dan para olahraga negara yang akan menggalas tugas besar di temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Mini MSN Bukit Jalil petang tadi.
Dato’ Sri Reezal berharap skuad olahraga dan para olahraga yang giat menjalani latihan dapat mencipta sejarah tersendiri di temasya tersebut sama ada membawa pulang pingat untuk negara, mencipta rekod kebangsaan, meningkatkan ranking atau mencipta rekod terbaik peribadi.
“Mereka melalui cabaran untuk menyertai pertandingan pendedahan secara kompetetif kerana amat sedikit. Seperti Hup Wei yang tidak dapat menyertai mana-mana kejohanan kecuali di Uzbekistan baru-baru ini. Tetapi mereka menunjukkan kesungguhan. Saya mempunyai keyakinan, dengan kesungguhan apa saja boleh berlaku.
“Para olahraga pula kita mempunyai 3 orang pemenang pingat emas di Rio dan beberapa atlet lain yang berpotensi menjadi penyumbang pingat emas untuk negara”.
