SURYANI TUMPU TINGKAT PRESTASI

KUALA LUMPUR, 2 JULAI – Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican hari ini meluangkan masa meninjau persiapan atlet menembak, Nur Suryani Mohamed Taibi di Lapang Sasar Menembak, Gimnasium 3 MSN Bukit Jalil.

 

Nur Suryani layak ke Tokyo selepas menjadi atlet pilihan Persatuan Kebangsaan Menembak Malaysia (NSAM) yang menerima satu slot wild card bulan lepas.

 

Bagi Dato’ Sri Reezal, biarpun Suryani dihambat masa, namun beliau yakin persiapan rapi yang dilakukan atlet menembak berusia 38 tahun itu mampu memberi cabaran kepada penembak negara lain.

 

Suryani bakal membuat penampilan kedua di Sukan Olimpik selepas mendapat tumpuan dari seluruh dunia pada 2012 apabila beraksi di London ketika sarat mengandung.

 

Berbeza dengan penampilan sulung dalam edisi London 2012 yang menyaksikan dia beraksi dalam acara individu 10 meter air rifle, kali ini Suryani bakal beraksi dalam acara kegemarannya iaitu 50 meter rifle tiga posisi.

 

Beliau menamatkan saingan di London di kedudukan ke-34.

 

Pada edisi Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Johnathan Wong yang beraksi dalam acara 10m air pistol individu lelaki, menjadi atlet menembak tunggal negara yang bertanding pada edisi temasya itu.

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status